Selamat Datang

Jumaat, 25 Jun 2010

Kisah Dalam Dewan Rakyat



Tiada Pilih Kasih Dalam Penyaluran Bantuan Pertanian - Noh Omar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tidak berlaku pilih kasih atau elemen 'anak tiri' dalam pemilihan peserta dan penyaluran bantuan bagi projek-projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Menterinya Datuk Noh Omar berkata semua rakyat berhak mendapat baja atau bantuan lain tanpa mengira fahaman politik.

"Kita hanya minta pengesahan dokumen borang penyertaan atau permohonan itu disokong oleh Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) atau JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) untuk negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang atau PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) untuk negeri Kelantan.

"Dan sokongan itu mestilah berdasarkan meritokrasi," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada
Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Dewan Rakyat di sini Selasa.

Beliau berkata kementerian juga mempunyai jawatankuasa tapisan yang berhak melantik seorang pemeriksa untuk memastikan sokongan itu adalah sah dan diberi kepada yang layak.

Menjawab soalan asal Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah), Noh berkata kerajaan akan terus menggunakan salurannya di peringkat negeri dan peringkat jajahan atau daerah untuk menyampaikan bantuan, tanpa perlu menggunakan pihak yang dilantik kerajaan negeri.

"Pada masa ini, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) telah diberi mandat untuk melaksanakan pemilihan peserta dan penyaluran bantuan bagi projek-projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya.

Amran bertanya sama ada kerajaan bercadang menerima tandatangan penggawa dan penghulu kerajaan yang diiktiraf dan tidak hanya tandatangan PPM untuk mendapatkan baja subsidi LPP.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan