Selamat Datang

Jumaat, 16 Julai 2010

Dato' Noraini dan Pak Matlob.


(Berita dipetk dari akhbar Utusan Malaysia 16.7.2010)

Dato' Noraini Ahmad berbual dengan Pak Matlob, Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quraan
Darul Falah (MTADF) Pekan Semerah, Batu Pahat, selepas penutupan rasmi Majlis Tahlil Perdana MTADF, baru-baru ini.









Rabu, 14 Julai 2010

Tiada hari minggu bagi Dato' N.



Di mesyuarat Agong Badan Kebajikan SA Parit Sulong, Batu Pahat.

Bagi kita hari minggu Sabtu dan Ahad adalah hari rehat dan bersantai bersama famili. Tapi ini tidak bagi seorang Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat.

Bahkan hari-hari minggu inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Dato' Noraini Ahmad untuk meninjau atau menyusur dari satu majlis ke satu majlis, atau dari satu kawasan ke satu kawasan di dalam Parlimen Parit Sulong hanya untuk memastikan bahawa penduduk di dalam kawasannya ini berada di dalam satu keadaan yang selesa.

Di Sekolah Agama Parit Sulong

Selain dari itu, YB. Dato' Noraini Ahmad juga sangat perihatin untuk memenuhi segala permintaan penduduk untuk merasmikan sesuatu majlis atau menghadiri sesuatu majlis perkahwinan yang berlangsung di dalam kawasan Parit Sulong.

Bahawasanya, hari minggu bagi YB. Dato' Noraini Ahmad adalah hari yang paling sibuk dan hari yang dinanti-nanti penduduk Parlimen Parit Sulong untuk bersua muka, beramah mesra serta bergaya di hadapan lensa kamera dengan seribu gaya.

Walaupun mimik wajahnya menampakkan keletihan, namun di hati kecilnya merasa puas dan senyuman manisnya sentiasa terukir di wajahnya yang senantiasa ayu.


Futsal Di Seri Medan

Program membaca wirid dan doa serta Israq Mikraj
Di Semerah.

Majlis PerasmianMembaca Wirid &
Doa Serta Menyambut Israq Mikraj


Majlis Perasmian Dewan JPMM Dun Semerah
di Kampung Mampan.

Setiap malam Isnin Dato' N dengan ditemani oleh beberapa orang pegawainya
akan membawa keletihan dan kepuasan
hatinya di dalam kereta ke Kuala Lumpur untuk menemui familinya
sambil menyusuri Highway PLUS yang sunyi sepi ketika insan-insan lain sedang asyik
dibuai mimpi-mimpi indah.

Teruskan Dato' , Semoga Allah memberkati hidup anda.



Selasa, 13 Julai 2010

XPDC JELAJAH BUKIT 2010 PARLIMEN PT. SULONG



Jelajah Bukit 2010 Parlimen Parit Sulong.

PETA LALUAN

Anjuran bersama
Persatuan Belia Galas Bersama Nature Bikers

Tarikh
Ahad 18 Julai 2010

Masa
7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tempat
Dataran Peladang Sri Medan, Batu Pahat.

Tujuan
Untuk mencungkil bakat muda belia Sri Medan dan kawasan sekitarnya dalam sukan lasak dan seterusnya dapat diketengahkannya ke peringkat antarabangsa.

Dapat menonjolkan keindahan kawasan kampung-kampung di sekitar kawasan Sri Medan dan kawasan Parlimen Parit Sulong amnya kepada masyarakat Malaysia dan juga negara luar kerana peserta yang menyertai program ini bukan sahaja dari Malaysia sahaja tetapi turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

Menjadi asas untuk penganjuran program sukan lasak seterusnya dan sebagai program tahunan.

Keterangan lanjut sila klik:


Gambar sebagai hiasan sahaja


Imej dipetik dari NATURE BIKE CLUB

Ahad, 11 Julai 2010

Dato' Noraini Di UKK Kampung Mampan.

Lawatan ke UKK Kampung Mampan.

Dato' Noraini menandatangani "Buku Lawatan"

Melakar kenangan bersama ahli UKK pada malam itu.

Seperti biasa, hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari paling sibuk bagi Ahli Parlimen Parit Sulong, iaitu YB. Dato' Noraini Bte Ahmad.

Dalam kesibukannya itu beliau sempat juga melawat Pusat Unit Kawalan Kampung di Kampung Mampan, Mukim 4, Batu Pahat, Johor, pada hari Sabtu 10.7.2010 jam 12.00 malam. Turut serta dalam lawatan itu ialah ADUN Semerah YB. Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin.

Sebelumnya, YB. Dato' Noraini Ahmad dan YB Datok Haji Ariss Samsuddin telah menghadiri majlis Perasmian Dewan Muafakat JPMM Semerah di Kampung Mampan, yang dibina di Kampung Mampan laut.

Bersalaman dengan penduduk di Kampung Mampan, Batu Pahat.

Kenangan bersama penduduk kampung