Selamat Datang

Ahad, 11 Julai 2010

Dato' Noraini Di UKK Kampung Mampan.

Lawatan ke UKK Kampung Mampan.

Dato' Noraini menandatangani "Buku Lawatan"

Melakar kenangan bersama ahli UKK pada malam itu.

Seperti biasa, hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari paling sibuk bagi Ahli Parlimen Parit Sulong, iaitu YB. Dato' Noraini Bte Ahmad.

Dalam kesibukannya itu beliau sempat juga melawat Pusat Unit Kawalan Kampung di Kampung Mampan, Mukim 4, Batu Pahat, Johor, pada hari Sabtu 10.7.2010 jam 12.00 malam. Turut serta dalam lawatan itu ialah ADUN Semerah YB. Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin.

Sebelumnya, YB. Dato' Noraini Ahmad dan YB Datok Haji Ariss Samsuddin telah menghadiri majlis Perasmian Dewan Muafakat JPMM Semerah di Kampung Mampan, yang dibina di Kampung Mampan laut.

Bersalaman dengan penduduk di Kampung Mampan, Batu Pahat.

Kenangan bersama penduduk kampung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan