07.08.2010 - Masjid Jamek Parit Terus, Seri Medan, Batu Pahat.
Beramah mesra dengan penduduk kampung Parit Terus, Seri Medan.
Jam 8.45 pagi Sabtu 7.8.2010 Dato' Noraini Bte Ahmad sudah berada di Masjid Jamek Kg. Parit Terus, Seri Medan, Batu Pahat untuk merasmikan "Program Gotong Royong Diambang Ramadhan".
Walaupun ketika itu hujan turun agak lebat namun program gotong royong itu diteruskan. Diwaktu yang sama, Dato' Noraini Ahmad selaku Ahli Parlimen Parit Sulong sempat beramah mesra dengan penduduk kawasan tersebut dan berbincang mengenaai masalah-masalah kecil pembangunan.
Gotong-royong membersihkan masjid Kampung Parit Terus Seri Medan.
Jam 10.00 pagi, setelah selesai di Parit Terus, Dato' Noraini dan rombongannya terus bergegas ke Program "Hari Ushawan Blok Seri Medan", yang diadakan di satu tapak tanah lapang bersebelahan kedai makan Jasekah Koner, Jalan Yong Peng- Muar. Di majlis itu Dato' Noraini bersama dengan ADUN Semarang YB. Datuk Samsol Bari Bin Jamali melancarkan program tersebut.
Dato' Noraini Ahmad bersama Datuk Samsol Bari Bin Jamali
bergambar sebelum melancarkan program tersebut.
Meninjau ke gerai jualan di program Hari Ushawan Wanita.
Jam 11.00 pagi, Dato' Noraini Ahmad bergegas ke Loji Air Seri Gading, Batu Pahat
kerana meraikan lawatan DYMM Sultan Johor ke loji tersebut.
Pukul 3.00 petang di Parit Nibong Darat, Semerah.
Majlis Perasmian Program Juara Rakyat Pendidikan
dan
Majlis Pelancaran Anjung Ilmu Desa Siber.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Johor
Y. Bhg. Puan Hajjah Ungku Norkamal Ungku Sulaiman
turut memberi ucapan.
Ucapan perasmian oleh YB. Dato' Noraini Bte Ahmad dalam majlis tersebut.
Penyampaian hadiah peraduan menulis essei.
Di Parit Nibong Darat.
Jam 5.15 petang ke Kampung Peserai Kecil untuk meninjau satu keluarga
yang menghadapi masalah.
Begitulah jadual ketat yang sudah lumrah bagi Ahli Parlimen Parit Sulong Batu Pahat.
Esok ada 3 lagi program yang perlu dihadiri.