Selamat Datang

Ahad, 26 Disember 2010

.my DOMAIN REGISTRY




my.DOMAIN REGISTRY 
adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi  (MOSTI)
dan merupakan pentadbir dan pendaftar alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia .
Sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kami sangat perihatin
dan fokus pada pembangunan ICT di negara ini. 



YB. Dato' Noraini Ahmad
Pengerusi .my DOMAIN REGISTRY

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Rabu, 22 Disember 2010

Dua jam mencari bus untuk pulang.

TERSESAT

KLCC terlalu asing bagi saya. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. 
Selepas selesai majlis perasmain, saya dan beberapa orang kawan terus minum dan kemudian ke ruang gallery jualan. Setelah selesai meninjau secara ringkas ke semua gallery, kami pun terus menuju ke pintu utama KLCC untuk menaiki bas seperti yang dijanjikan semasa baru sampai tadi. 
Di pintu utama, tidak kelihatan pun bas kami. Yang ada hanya bas dari tempat lain. Walau bagaimana pun, kami mencari-cari kalau-kalau kami semua terlepas pandang. 

Sempat beraksi di hadapan pintu utama.

Melalui hp, kami mendapat maklumat dari seorang kawan bahawa bas menunggu si pintu utama KLCC. yang berhadapan dengan bangunan "NOVO Hotel" kami nyatakan bahawa kami sudah pun berada di pintu utama, tetapi tidak ada sebiji pun bas-bas dari BP . Rupa-rupanya orang yang memberitahu pun lebihkurang dengan saya. Sebenarnya "Pintu Utama" yang dimaksudkan ialah pintu utama Pusat Konvensyen, bukannya pintu utama KLCC. 

Kita minummmmm dulu !

Nak tempah boleh tak ?

Sempat bergurau walau penat berjalan mencari bus.

Dalam usaha mencari pintu utama yang berhadapan dengan "NOVO HOTEL"  itulah kami berenam tersasul (bukannya tersesat) ke beberapa jalan seperti Jalan Pinang, U Turn, hingga memakan masa hingga ke pukul 6.30 petang.



Jalan Pinang...? Jalan Pinang tu ada U turnlah....hello...hello...Novo Hotel x ada....
yang ada hotel lain.... !

Dah penat berjalan ni......rehat jap.....

Ikut saya aje......

Ada satu jalan di hadapan...kemudian masuk ke kanan....

Turun naik tangga  excelater  beberapa kali....

Ah... tu dia basnya...... !

Kau tunggu kat mana ?

Akhirnya kami jumpa juga tempat yang dicari setelah membuat beberapa pertanyaan dengan petugas-petugas di situ.

Tu dia yang di maksudkan....dengan Novo  Hotel.....Novotel rupanya.


Tak taulah apa yang membuatkan dia menangkat tangan tu...... dan rupanya, selepas kami sampai, rupanya 
masih ada lagi dua kumpulan yang turut tersesat di KLCC.

Kumpulan kedua yang sama sesat.

Akhirnya kami semua selamat sampai di Batu Pahat jam 11.00 malam


MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL 1NITA DAN MYIDEAS@WOMEN.



Dengan menaiki 6 buah bas, seramai lebih kurang 200 orang dari kawasan Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival 1Nita dan Myideas@Women di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Selasa 21.12.2010.

Rombongan dari Parit Sulong itu kebanyakannya terdiri dari kaum wanita, puteri dan belia itu bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi dan sampai di KLCC pada jam 1.00 tengahari.



Di bawah ini dipaparkan beberapa imej yang sempat di ambil semasa di KLCC
.





Berkumpul di hadapan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen 
Parit Sulong.

Suasana dalam bus



Sarapan di RR Pagoh.


Perjalanan diteruskan.



Sampai di Pusat Konvensyen KLCC
Sempat bergambar tu.


Di dewan jamuan,






Di dalam dewan Pusat Konvensyen

YB Dato' Noraini Ahmad Pengerusi my DOMAIN REGISTRY
sedang memberi ucapan. 



YA.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
sedang memberi ucapan perasmian.





Dato' Noraini di apit oleh Nurhazlin Lydia dan Kamarul Halim M Kamal.
Pemberita Sinar Harian.




Saudara Marwan 

Beraksi selepas minum petang.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%