Selamat Datang

Selasa, 3 Ogos 2010

Anugerah Khidmat Cemerlang Daerah Batu Pahat.



Anugerah Khidmat Cemerlang
Kementerian Pelajaran Malaysia 2009
Peringkat Daerah Batu Pahat

Dewan Bestari SMK Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat.
Disempurnakan oleh Dato' Noraini Binti Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong
3 Ogos 2010.

Ketibaan YB. Dato' Noraini Ahmad disambut oleh Pegawai-pegawai Pelajaran
Daerah Batu Pahat.

Pencak Silat dari murid-murid sekolah.

Seramai 597 orang guru dari Daerah Batu Pahat telah menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh
YB. Dato' Noraini Binti Ahmad, Ahli Parliman Parit Sulong, di Dewan Bestari
SMK Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat .

Sebahagian dari guru yang menerima anugerah.

Petikan ucapan YB. Dato' Noraini, " Sesungguhnya penganugerahan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang ini merupakan satu pengiktirafan atas perkhidmatan cemerlang yang ditonjolkan
oleh kakitangan awam dalam sektor pendidikan. Saya berharap agar pengiktirafan pada hari ini akan jadi pemangkin kepada semua warga Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam organisasi masing-masing."

Ucapan oleh PPD Batu Pahat. Tuan Haji Shapie Bin Haji Md. Shariff.
"Guru yang berilmu dan berintegriti amat penting untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang dari segi akademik dan sahsiah."



Sebahagian dari guru-guru yang menerima anugerah khidmat cemerlang,
Kementerian Pelajaran Malaysia 2009, Peringkat Daerah Batu Pahat.




Isnin, 2 Ogos 2010

Program 1 Ogos 2010 Dato' Noraini.


Seperti biasa pada setiap hari minggu, Ahli Palimen Parit Sulong Dato' Noraini Ahmad berada di kawasannya.
Hari Ahad 1 hb. Ogos 2010, Dato' Noraini berada di tiga tempat kawasannya, samada untuk merasmikan sesuatu majlis atau menghadiri majlis perkahwinan di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.

Program Juara Rakyat dan Khidmat Masyarakat Zon Kangkar Merlimau
Seri Medan.

Program Pembangunan Komuniti Bersama Parlimen Parit Sulong dan Pejabat Pembangunan
Negeri Johor di Dewan Kampung Parit Sentang, Parit Sulong, Batu Pahat.


Persembahan Seni Silat sebelum majlis bermula.

Bergambar selepas Program 1Malaysia di perkarangan pejabat
Parti Pergerakan Malaysia Parit Sulong.