Selamat Datang

Khamis, 28 Oktober 2010

IKS Parit Sulong di Perhimpunan Agong UMNO.





Gerai Parit Sulong yang terletak di tingkat bawah PWTC adalah antara ratusan gerai yang mengambil peluang menjalankan perniagaan sempena perhimpunan agung tahunan Umno yang sedang berlangsung di pusat itu sekarang.Produk jualannya termasuk dodol, kerepek dan pakaian yang dihasilkan oleh penduduk di kawasan Parit Sulong.Menurut Pegawai Kebajikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong, Mesafizam Mesri, gerai itu yang dibuka sepanjang berlangsungnya persidangan itu lebih untuk mempromosikan produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) kawasannya.Antara produk yang mendapat sambutan pengunjung ialah dodol dan kerepek buatan tangan.

(dipetik dari " khabar orang johor).
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
imej dipetik dari MyMetro.

GIGIH...Ketua Wanita Umno Bahagian Johor Baharu, Salmah Safar (dua dari kiri) di perhimpunan, semalam.



PENIAGA Nur Shahriel Latif, 23, (kiri) dan Supandi Ngadimin, 24, bersilat di hadapan orang ramai untuk menarik perhatian orang ramai membeli songket di gerai mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Foto: Munira Abdul Ghani (23/10/2010)

PARA perwakilan sibuk mendaftar pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC. Foto: Sairien Nafis



Suasana perhimpunan UMNO 2010.
Ada ahli UMNO dah berpuluh tahun, tapi tidak pernah merasai suasana begini.
Macam mana agaknya ya ?