Selamat Datang

Ahad, 6 Januari 2013

YB Dato' Noraini Ahmad dan nelayan Peserai.



Perhatian YB. Dato' Noraini Ahmad terhadap kaum nelayan yang kurang bernasib baik tidak tertumpu di suatu kawasan sahaja. Justeru pada hari Sabtu 5.1.2013 yang lalu, Dato' Noraini Ahmad selaku wakil rakyat bagi Parlimen Parit Sulong membuat
tinjauan ke rumah-rumah nelayan di kawasan Peserai Batu Pahat. Tiga minggu yang lepas, Dato. Noraini Ahmad telah membuat tinjauan yang sama di kampung nelayan di kawasan Bagan dan Parit Simin.
Bantuan kepada kaum nelayan adalah bantuan baikpulih rumah. Bantuan hanya kepada nelayan-nelayan yang kurang bernasib baik.




Encik Jamil Bin Abd Rahman dari Kampung Bintang dapat membaikpulih bahagian dapur rumah. 


 Bantuan dan sumbangan sampingan.






 Sumbangan ikhlas dari Dato' Noraini Ahmad.
Salah satu rumah yang mendapat bantuan baikpulih. 


 Berbincang dan mencari idea.
Syukur ! Alhamdulillah dapat bantuan membaiki dapur rumah. 

Nelayan dari  Kampung Muhibbah Peserai Batu Pahat.
















Foto-foto di atas menunjukkan  beberapa buah rumah yang telah mendapat bantuan
dan telah selesai disempurnakan. Mudah2an kehidupan kaum nelayan 
akan bertambah baik dengan adanya bantuan dari pihak kerajaan yang sentiasa menepati janji.