Selamat Datang

Sabtu, 28 Ogos 2010

Produk Usahawan IKS Parit Sulong.

Meningkatkan mutu produk IKS Parit Sulong.

Pelabelan, Pembungkusan dan Sijil Tanda Halal.

Haji Azini Setiausaha Bahagian Industeri Asas Tani.

Usaha membantu usahawan IKS Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat telah dijalankan. Namun
kaedah pelabelan dan pembungkusan yang tidak menarik menjejaskan keyakinan bakal pelanggan dan ini merupakan salah satu faktor melembapkan pasaran selain kurangnya promosi.


Produk keluaran usahawan -usahawan kawasan ini mempunyai mutu yang baik dan berpotensi dikembangkan, namun kelemahan dalam pelabelan dan pembungkusan menyebabkan ia gagal mendapat sambutan yang memuaskan.

Justeru satu pertemuan diantara para usahawan dalam Parlimen Parit Sulong dengan Tuan Haji Azini, Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani Malaysia telah diadakan di Pejabat Fama Daerah Batu Pahat di Parit Simin, Semerah pada 28hb. Ogos 2010 jam 10.30 pagi.



Usaha yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Dato' Noraini Ahmad telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para usahawan di kawasan tersebut. Seramai lebih dari 40 orang usahawan telah hadir.

Dalam majlis tersebut, para usahawan telah diberi peluang untuk mengemukakan masalah masalah yang dihadapi serta membuat cadangan-cadangan yang munasabah agar produk keluaran mereka mempunyai mutu yang baik dan berdaya saing dengan produk-produk terkenal serta diharapkan dapat dipasarkan di dalam dan di luar negara.



Masalah-masalah lain yang dikemukan ialah masalah pinjaman, bayaran balik , sijil halal.
serta promosi.



Jumaat, 27 Ogos 2010

Jumaat 27 hb. Ogos 2010.


Satu mesyuarat khas di Pengerusikan oleh YB. Dato' Noraini Bte Ahmad AP Parit Sulong, Batu Pahat telah diadakan pada jam 3.00 petang 27.8.2010 di Bilik mesyuarat Aras 4, Bangunan Gunasama Daerah Batu Pahat.
Mesyuarat membincangkan persiapan untuk " Program Bingkisan Ramadhan Parlimen Parit Sulong" bersempena lawatan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Program dijangka akan diadakan pada 3 hb Ogos, 2010, bertempat di Masjid Jamek Simpang Tiga Parit Sulong Batu Pahat, Johor akan dirasmikan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim.


Diantara yang hadir dalam mesyuarat itu ialah Dato' Noraini Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Batu Pahat, Tok Penghulu Mukim terlibat, Ketua Kampung serta AJK Masjid Jamek Simpang Tiga, Parit Sulong, Batu Pahat.





Isnin, 23 Ogos 2010

Bila mentari 22 hb Ogos 2010 terbit.



Seperti biasa, jam 10.00 pagi 22.8.2010 YB Dato' Noraini Ahmad sudah berada di kawasan Parlimen Parit Sulong. Kali ini Dato' ke kawasan Seri Medan untuk meninjau kemajuan para ushawan
IKS dan juga lawatan bersempena Bulan Ramadan.

Jam 10.00 pagi berada di Kg. Seri Ramunia, Seri Medan di salah satu kedai IKS
Kek dan Biskut Ani.


Sebahagian dari produk.
Pekerja sedang membuat biskut.


Dato' Noraini Ahmad meneliti oven yang digunakan.

Sedia untuk di bakar.
Jam 11.00 pagi beredar ke rumah Pn Saniah Bte Bodong untuk melihat keadaan Norazhar Bin Mohd Salleh 17 tahun yang mengalami sakit kaki.

Norazhar Bin Md. Salleh.

Jam 11.45 pagi terus ke satu lagi IKS di Pekan Seri Medan iaitu Natijo Foods / Eima
House of Snacks.
Kerepek dan kuih kering.

Apa yang di belek oleh Puan Siti Bte Simis tu ?

Menggoreng marukuk.

Jam 12.30 ke rumah Encik Badron iaitu ibubapa kepada Allahyarhamah Khairina Bte Badron yang terkorban dalam kemalangan jalanraya di persimpangan jalan masuk ke Seri Medan.


Jam 1.00 tengahari ke Masjid Jamek Seri Medan untuk sama-sama bergotong-royong memasak bubur lambuk.

Dato' Noraini Bte Ahmad dan Pn Siti Bte Simis

Dato' Noraini Bte Ahmad turut serta membungkus bubur.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selepas solat Zuhur dan berehat sebentar, Dato' Noraini dan rombongannya terus ke Kampung
Lubok Tengah untuk satu lagi majlis memasak bubur lambuk.

Saudara Amir Hamzah dan Dato' Noraini sedang berbincang tentang sesuatu.

Sebahagian dari yang hadir.

Kata-kata aluan dari Saudara Amir Hamzah Mohamad.

Ucapan ringkas dari Dato' Noraini.

Menyampaikan bubur lambuk dan bantuan lain kepada ibu tunggal.

Selesai di Parit Lubok Tengah, satu lagi majlis sedang menunggu. Iaitu majlis "Diambang
Ramadan" di Masjid Jamek Gambut sedang menunggu.