Selamat Datang

Isnin, 31 Disember 2012

Dato' Noraini Di Karnival Sukan Rakyat Parit Simin, Semerah Batu Pahat.

Karnival Sukan Rakyat Parit Simin, Mk. Bagan Batu Pahat.
Tarikh : 16 dan 30 Disember 2012.
Lokasi : Dataran Mahkota Parit Simin, Bagan Batu Pahat.
Pengisian Karnival:
Pertandingan Memancing, Peraduan Mewarna (kanak-kanak)
Bola Jaring, Lumba Gerabak, Pertandingan tarik tali, 
gubahan bunga.

Anjuran : JKKK Parit Simin, Mukim Bagan, Batu Pahat..

Acara 'Tarik Tali " paling menarik.

Dato' Noraini memulakan acara "Tarik Tali"



Bersedia untuk "Tarikkkkkkkkkkkkk "

Penonton di Karnival Sukan Rakyat Parit Simin.


Peserta akhir 'Lumba Gerabak "
bersama DN.
Dua pelumba akhir bergambar untuk kenangan.


Dato' Ariss beraksi di gerabak sawit.


Tu dia , sedang melakar kenangan.


Sempat bergaya penonton-penonton nih..!


Episod akhir lumba gerabak.




Merenung jauh.....


Ucapan penutup

Upacara menyampaian hadiah.




Terima kasih ......


########################################




Sabtu, 29 Disember 2012

Program Sumbangan Kepada Ibu dan Bapa Tunggal Parlimen Parit Sulong.


Seramai 282 orang Ibu dan Bapa Tunggal Parlimen Parit Sulong telah menerima sumbangan berupa wang tunai dari Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, YB Dato' Noraini Ahmad.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan SMK Dato' Sulaiman Parit Sulong Batu Pahat pada Hari Sabtu
29 Desimber 2012. Ibu dan Bapa Tunggal yang terpilih ialah ibu dan Bapa Tunggal yang menyara anak, atau anak OKU, serta berpendapatan tidak tetap. Ini adalah sebagai bukti bahawa kerajaan tidak melupakan golongan tersebut.


Banner Program di Pentas.


YB Dato' Noraini memberi ucapan kepada para hadirin. 

Mereka yang hadir sama dalam majlis tersebut. 

Sedang mendengar ucapan dari Wakil Rakyat. 


Sebahagian dari penerima sumbangan. 

Terima kasih Dato'. 


Penghulu Mukim 4 turut hadir dalam majlis tersebut. 


Sumbangan dari kerajaan yang perihatin. 


Bapa tunggal turut menerima sumbangan. 


Encik Mohd Said Bin Jonet dari Parit Siba, mngucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan
di atas sumbangan ini. 



Pn Rahmah Bte Samian 48 tahun dari Lapis Peserai mempunyai  4 orang anak dan seorang OKU menyara hidup dengan bekerja di warong berdekatan. bersyukur di atas sumbangan yang diterima dan boleh wang itu digunakan untuk persekolahan anak.  



Encik Jalil Suhaimi dari Parit Lapis Maimon mengucapkan terima kasih kepada Pihak kerajaan di atas 
sumbangan tersebut. Berbaju merah dan bersongkok ialah Ketua Kampung Lapis Maimon Tn Haji Mohd Said . 



Pn Jamilah Ibrahim 40 tahun dari Taman Pantai mempunyai 2 orang anak dan bekerja di sebuah kilang turut
menerima sumbangan mengucapkan terima kasih dan bersyukur di atas sumbangan tersebut. 



Bersyukur dan Terima kasih. 


Janji Ditepati. 



Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit
bebanan di awal musim persekolahan.


############################################################



Khamis, 27 Disember 2012

Dato' Noraini Ahmad Bantu Nelayan.



Kaum Nelayan dari kawasan Parlimen Parit Sulong tidak ketinggalan mendapat perhatian dari Wakil Rakyat Ahli Parlimen Parit Sulong. 
Justeru pada Hari Khamis 27 Desimber 2012, Dato' Noraini Ahmad serta beberapa pegawai telah membuat tinjauan dan lawatan khas ke beberapa buah rumah para nelayan di kawasan Semerah untuk meneliti  bentuk bantuan terutama 
membaik pulih rumah kediaman.

Encik Aidil Bin Adan di Kampung Separap mohon bantuan untuk pendawaian elektrik. 


 Berbincang dengan Pengerusi Persatuan Nelayan Encik "Kicap".

Meninjau ke rumah Encik Ekhwan Bin Abd. Karim di Parit Kuda. 


Bertanyakan khabar serta mendengar masalah rakyat. 


Ziarah  rumah Encik Ishak Awang di Parit Kuda dan berbincang bentuk 
bantuan yang perlu diberi. 


Encik Ishak Awang kurang sihat dan tidak dapat ke laut. 


Ke rumah Encik Koh Son Nan di Parit Besar Darat untuk  meninjau
kerja-keja mengganti Zink rumah setelah disiapkan. Bentuk bantuan ialah mengganti zink rumah.

                            
 Berbincang dengan Kaum Nelayan mengenaai masalah nelayan di kawasan Bagan. 
Kelihatan zink rumah yang telah disiapkan dengan bantuan dari wakil rakyat 
Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat. 


Meninjau ke rumah Encik Ng Ah Thiam yang mendapat bantuan menyimin lantai
dan dinding baru,  di Kampung Parit Besar Darat, Batu Pahat. 


###############################################









Isnin, 17 Disember 2012

DN di Program SEHARI BERSAMA PELADANGNITA




Program:
SEHARI BERSAMA PELADANGNITA
Anjuran 
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PARIT SULONG
16 DESIMBER 2012
DI PERKARANGAN KAWASAN PEJABAT
 PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PARIT SULONG
BATU PAHAT.
disempurnakan oleh
YB. DATO' NORAINI AHMAD
AHLI PARLIMEN PARIT SULONG, BATU PAHAT.
Aktiviti yang dijalankan ialah:
Pameran dan Jualan
Peraduan Mewarna
Pertandingan Masakan
Pertandingan Gubahan Tuala

Pertandingan Solekan/ Andaman
Pertandingan Pertandingan Gubahan Bunga.

Majlis Perasmian




Ucapan Perasmian Oleh YB. Dato' Noraini Bte Hj. Ahmad.

Turut Merasmikan Bangunan Pusat Kegiatan Peladangnita.

Gubahan Tuala


Pemenang Pertandingan Solekan / Andaman



Melawat setiap gerai yang mengambil bahagian.







Bangunan Pusat Kegiatan Peladangnita.

Suasana sebahagian dari gerai dan orangramai yang berkunjung ke program
tersebut.
Meninjau dari satu gerai ke satu gerai.

#########################################################