Selamat Datang

Sabtu, 29 Januari 2011

Dato' Noraini Ahmad dan LKIM.

Seramai 642 orang nelayan daerah Batu Pahat telah menerima bantuan wang elaun sara hidup dari LKIM. 
Majlis penyerahan wang tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong di dewan Jubilee Intan Batu Pahat pada 28.01.2011.




Pengarah LKIM Johor memberi ucapan. 

 Ucapan perasmian oleh Dato' Noraini Bte Ahmad.

Menerima cenderahati dari LKIM


Dato' Noraini menyampaikan wang sara
hidup kepada seorang nelayan. 


Sebahagian dari nelayan BP yang hadir.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Rabu, 26 Januari 2011

Dato' Noraini Ahmad di SK. Sawah Baru, Labis.


Majlis Pelancaran dan Penyerahan Sirim Pintar telah di sempurnakan oleh
Menteri SainsTeknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili pada hari Selasa 25/1/2011 
di SK. Kebangsaan Sawah Baru, Labis Segamat. 
Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato' Noraini Ahmad turut hadir dalam majlis tersebut.

Dato' Noraini Ahmad menyambut ketibaan Menteri.

Calon BN Tenang Encik Azhar Ibrahim turut hadir. 

 Merakam kenangan.
 Timbalan Menteri turut hadir.



Sedang memberi ucapan.

(akan dilengkapkan kemudian)


Isnin, 24 Januari 2011

Calon BN di Pusat Gerakan Parit Sulong.




Petang 22.1.2011 Encik Mohd. Azhar Ibrahim calon BN Tenang telah  membuat kunjungan 
ke Pusat Gerakan Pilihanraya yang dikendalikan oleh UMNO Bahagian Parit Sulong.
di Kampung Ayer Panas, Tenang,  Labis.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Makan malam di Restoran "Wak Jos, Sabak Aur, Muar."

Datuk Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Mat Jidin AP. Setiu/Pengerusi LKIM,
Datuk Nasir Fikri AP Kuala Nerus serta beberapa orang lagi telah mengadakan majlis makan malam di Restoran "Wak Jos, Sabak Aur, Muar pada malam 22.1.2011.

Suasana di Restoran tersebut.

Menikmati jamuan sambil berbincang.
Jemput makan, jangan malu-malu.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pagi 22hb. Januari 2011, di Labis.


Suasana Pekan Labis pada pagi 22.91.2011 agak berbeza kalau dibandingkan dengan hari-hari lain.  
Bertempat di hadapan Bangunan MCA Labis dan di hadapan Bangunan Terminal Bas dan teksi sejak jam 5.00 pagi lagi  sudah dipenuhi dengan penyokong-penyokong BN yang datangnya dari segenap tanah air. Kedatangan mereka semua adalah sebagai tanda sokongan kepada wakil BN Encik Mohd. Azhar Ibrahim yang akan mendaftar sebagai calon BN dalam PRK Tenang.  

Suasana di hadapan Terminal Bas dan Teksi Labis.

Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Ariss diantara  yang hadir pada pagi itu.


Jurugambar dari akhbar turut serta.                                                                                                                                                                      


Wanita UMNO pun ada.

Jam 6.30 pagi.

Poster tanda sokongan.

                                                                      Pemuda UMNO.                                                                                      


                                                    Datuk Noraini Ahmad bersama rakan.

Perjalanan menuju ke Pusat Penamaan Calon.

Menanti masa untuk berarak.
Dato' Noraini Ahmad juga turun padang.

 Berarak dengan penuh semangat.


 Macam-macam ragam.


 Wanita MCA


 Wanita MCA turut serta.


Suasana dipintu masuk Bangunan MCA Labis.

Poster tanda sokongan.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Ahad, 23 Januari 2011

Datuk Noraini di Kampung Air Panas, Labis.

Menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30.01.2011, Datuk Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong telah mengadakan beberapa aktiviti dalam usaha untuk mendekati penduduk di DUN Tenang, khasnya penduduk Kampung Ayer Panas, Labis. 
Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah majlis penerangan cara-cara menjaga kecantikan kepada kaum wanita kampung tersebut. Pakar kecantikan dari Kuala Lumpur telah didatangkan khas dalam majlis  tersebut.
Pakar kecantikan dari KL sedang memberi penerangan
mengenai teknik menjaga kebersihan dan kecantikan kulit muka.
Asyik mendengar teknik menjaga kecantikan kulit 

Diantara yang hadir dalam malis tersebut.

Hari berikutnya, satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah majlis ramah mesra dan disulami dengan penerangan cara-cara 
membina alat-alat perhiasan diri dari manik-manik.Majlis ini telah dijalankan di rumah Encik Adam.








Datuk Noraini Ahmad turut serta dalam majlis tersebut.