Selamat Datang

Ahad, 23 Januari 2011

Datuk Noraini di Kampung Air Panas, Labis.

Menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30.01.2011, Datuk Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong telah mengadakan beberapa aktiviti dalam usaha untuk mendekati penduduk di DUN Tenang, khasnya penduduk Kampung Ayer Panas, Labis. 
Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah majlis penerangan cara-cara menjaga kecantikan kepada kaum wanita kampung tersebut. Pakar kecantikan dari Kuala Lumpur telah didatangkan khas dalam majlis  tersebut.
Pakar kecantikan dari KL sedang memberi penerangan
mengenai teknik menjaga kebersihan dan kecantikan kulit muka.
Asyik mendengar teknik menjaga kecantikan kulit 

Diantara yang hadir dalam malis tersebut.

Hari berikutnya, satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah majlis ramah mesra dan disulami dengan penerangan cara-cara 
membina alat-alat perhiasan diri dari manik-manik.Majlis ini telah dijalankan di rumah Encik Adam.








Datuk Noraini Ahmad turut serta dalam majlis tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan