Selamat Datang

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jauhi kegiatan "Lumba Haram"


Betulkah cara begini?

Nak tunjuk handal, tapi cara yang bahaya.

SERI MEDAN – Kegiatan lumba motosikal haram dan pengubahsuaian kenderaan itu kini semakin berleluasa bukan sahaja di bandar, malah berlaku di kawasan kampung.

Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad berkata, menunggang motosikal sememangnya sesuatu aktiviti yang menyeronokkan tetapi perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti keselamatan ketika menunggang. Menurutnya, antara salah satu perkara yang menyeronokkan ialah menunggang motosikal dengan beramai-ramai atau dikenali sebagai berkonvoi, serta merancang sesuatu aktiviti setelah sampai ke sesuatu destinasi. “Aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah seperti bergotong-royong dan melaksanakan aktiviti sosial yang lain sebagai pengisian daripada aktiviti berkonvoi berkenaan.

Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti); CyberSecurity Malaysia (CSM); Kelab Motosikal Big Bikerz; Pejabat Ahli Parlimen Parit Sulong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Seri Medan.

( Berita di petik dari Akhbar SINAR HARIAN ).


Cara yang boleh mengundang maut. Apakah motif
sebenar belia-belia bila menunggang cara begini?



Isnin, 4 Oktober 2010

Dato' Noraini di dua lokasi.


Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sekolah Agama Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat
telah di adakan pada Hari Ahad 03.10.2010. Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato' Noraini Ahmad telah merasmikan mesyuarat yang dihadiri oleh lebih dari seratus orang dari kalangan ibubapa murid-murid sekolah tersebut.

Selepas merasmikan mesyuarat tersebut, Dato' Noraini Ahmad, telah menyampaikan hadiah kecermerlangan akademik kepada murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan pada tahun 2009.

Kehadiran ibubapa amat menggalakkan.

Ucapan perasmian oleh YB. Dato' Noraini Ahmad.

Menyampaikan hadiah kecemerlangan akedemik.

Para ibu yang hadir dalam mesyuarat.

Selepas selesai majlis di Sekolah Mampan, Batu Pahat, Dato' Noraini Ahmad terus ke Pekan Semerah, Batu Pahat untuk menghadiri "Mesyuarat Agong Persekutuan Jambangan Setia Semerah Batu Pahat.

%%%%%%%%%%%%%

Persekutuan Jambangan Setia Semerah Batu Pahat, merupakan kelab orang-orang Melayu Semerah yang ditubuhkan pada tahun 1918 dan sah didaftarkan pada tahun 1924, lapan puluh enam tahun dahulu. Ia ditubuhkan oleh beberapa penduduk Semerah yang berpandangan jauh ketika itu


YB. Datuk Haji Ahmad Zahri Jamil merasmikan mesyuarat.


Dato' Noraini Ahmad turut serta dalam majlis tersebut.

Para hadirin

Pak Matlob sebelah kiri.