Selamat Datang

Jumaat, 8 Oktober 2010

Jauhi kegiatan "Lumba Haram"


Betulkah cara begini?

Nak tunjuk handal, tapi cara yang bahaya.

SERI MEDAN – Kegiatan lumba motosikal haram dan pengubahsuaian kenderaan itu kini semakin berleluasa bukan sahaja di bandar, malah berlaku di kawasan kampung.

Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad berkata, menunggang motosikal sememangnya sesuatu aktiviti yang menyeronokkan tetapi perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti keselamatan ketika menunggang. Menurutnya, antara salah satu perkara yang menyeronokkan ialah menunggang motosikal dengan beramai-ramai atau dikenali sebagai berkonvoi, serta merancang sesuatu aktiviti setelah sampai ke sesuatu destinasi. “Aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah seperti bergotong-royong dan melaksanakan aktiviti sosial yang lain sebagai pengisian daripada aktiviti berkonvoi berkenaan.

Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti); CyberSecurity Malaysia (CSM); Kelab Motosikal Big Bikerz; Pejabat Ahli Parlimen Parit Sulong dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Seri Medan.

( Berita di petik dari Akhbar SINAR HARIAN ).


Cara yang boleh mengundang maut. Apakah motif
sebenar belia-belia bila menunggang cara begini?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan