KLCC terlalu asing bagi saya. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini.
Selepas selesai majlis perasmain, saya dan beberapa orang kawan terus minum dan kemudian ke ruang gallery jualan. Setelah selesai meninjau secara ringkas ke semua gallery, kami pun terus menuju ke pintu utama KLCC untuk menaiki bas seperti yang dijanjikan semasa baru sampai tadi.
Di pintu utama, tidak kelihatan pun bas kami. Yang ada hanya bas dari tempat lain. Walau bagaimana pun, kami mencari-cari kalau-kalau kami semua terlepas pandang.
Sempat beraksi di hadapan pintu utama.
Melalui hp, kami mendapat maklumat dari seorang kawan bahawa bas menunggu si pintu utama KLCC. yang berhadapan dengan bangunan "NOVO Hotel" kami nyatakan bahawa kami sudah pun berada di pintu utama, tetapi tidak ada sebiji pun bas-bas dari BP . Rupa-rupanya orang yang memberitahu pun lebihkurang dengan saya. Sebenarnya "Pintu Utama" yang dimaksudkan ialah pintu utama Pusat Konvensyen, bukannya pintu utama KLCC.
Kita minummmmm dulu !
Nak tempah boleh tak ?
Sempat bergurau walau penat berjalan mencari bus.
Dalam usaha mencari pintu utama yang berhadapan dengan "NOVO HOTEL" itulah kami berenam tersasul (bukannya tersesat) ke beberapa jalan seperti Jalan Pinang, U Turn, hingga memakan masa hingga ke pukul 6.30 petang.
Jalan Pinang...? Jalan Pinang tu ada U turnlah....hello...hello...Novo Hotel x ada....
yang ada hotel lain.... !
Dah penat berjalan ni......rehat jap.....
Ikut saya aje......
Ada satu jalan di hadapan...kemudian masuk ke kanan....
Turun naik tangga excelater beberapa kali....
Ah... tu dia basnya...... !
Kau tunggu kat mana ?
Akhirnya kami jumpa juga tempat yang dicari setelah membuat beberapa pertanyaan dengan petugas-petugas di situ.
Tu dia yang di maksudkan....dengan Novo Hotel.....Novotel rupanya.
Tak taulah apa yang membuatkan dia menangkat tangan tu...... dan rupanya, selepas kami sampai, rupanya
masih ada lagi dua kumpulan yang turut tersesat di KLCC.
Kumpulan kedua yang sama sesat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan