Selamat Datang

Rabu, 14 Julai 2010

Tiada hari minggu bagi Dato' N.



Di mesyuarat Agong Badan Kebajikan SA Parit Sulong, Batu Pahat.

Bagi kita hari minggu Sabtu dan Ahad adalah hari rehat dan bersantai bersama famili. Tapi ini tidak bagi seorang Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat.

Bahkan hari-hari minggu inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Dato' Noraini Ahmad untuk meninjau atau menyusur dari satu majlis ke satu majlis, atau dari satu kawasan ke satu kawasan di dalam Parlimen Parit Sulong hanya untuk memastikan bahawa penduduk di dalam kawasannya ini berada di dalam satu keadaan yang selesa.

Di Sekolah Agama Parit Sulong

Selain dari itu, YB. Dato' Noraini Ahmad juga sangat perihatin untuk memenuhi segala permintaan penduduk untuk merasmikan sesuatu majlis atau menghadiri sesuatu majlis perkahwinan yang berlangsung di dalam kawasan Parit Sulong.

Bahawasanya, hari minggu bagi YB. Dato' Noraini Ahmad adalah hari yang paling sibuk dan hari yang dinanti-nanti penduduk Parlimen Parit Sulong untuk bersua muka, beramah mesra serta bergaya di hadapan lensa kamera dengan seribu gaya.

Walaupun mimik wajahnya menampakkan keletihan, namun di hati kecilnya merasa puas dan senyuman manisnya sentiasa terukir di wajahnya yang senantiasa ayu.


Futsal Di Seri Medan

Program membaca wirid dan doa serta Israq Mikraj
Di Semerah.

Majlis PerasmianMembaca Wirid &
Doa Serta Menyambut Israq Mikraj


Majlis Perasmian Dewan JPMM Dun Semerah
di Kampung Mampan.

Setiap malam Isnin Dato' N dengan ditemani oleh beberapa orang pegawainya
akan membawa keletihan dan kepuasan
hatinya di dalam kereta ke Kuala Lumpur untuk menemui familinya
sambil menyusuri Highway PLUS yang sunyi sepi ketika insan-insan lain sedang asyik
dibuai mimpi-mimpi indah.

Teruskan Dato' , Semoga Allah memberkati hidup anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan