Selamat Datang

Khamis, 24 Jun 2010

Aktiviti-aktiviti untuk kecemerlangan pelajar 2009

Persediaan akhir hadapi UPSR

SERAMAI 200 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR dari sekolah sekitar kawasan Parit Sulong, Johor berpeluang mengikuti Strategi Ambang Peperiksaan (SAP) di Sekolah Menengah KEbangsaan (SMK) Dato' Sulaiman baru-baru ini.

Program anjuran Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, dengan kerjasama Biro Pelajaran dan Kebajikan UMNO, Bahagian Batu Pahat itu dikendalikan oleh Penasihat Portal Pendidikan Utusan, Dr. Ismail Zain.

Noraini dalam ucapan perasmiannya menegaskan betapa pentingnya usaha dan kerja keras yang harus dilakukan oleh murid-murid untuk mencapai kejayaan.

“Kejayaan sebenarnya terletak pada usaha diri sendiri," Katanya.

Menurut beliau lagi, pihaknya hanya memberi sokongan moral dengan menganjurkan pelbagai program untuk murid-murid.


NORAINI AHMAD

Bagaimanapun, katanya, tanpa usaha segala kemudahan yang diberikan itu tidak akan memberi hasil. Sementara itu, Penyelaras Program Radzwill Affendi memberitahu, program itu dilaksanakan

untuk memberi peluang kepada murid-murid mendapat panduan dan bimbingan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang akan mereka hadapi tidak lama lagi.

Rakannya, Shamsudin Hashim berkata, gabungan motivasi oleh Dr. Ismail dan teknik menjawab soalan oleh guru pakar berjaya menyuntik suntikan semangat kepada peserta.

Rata-rata murid dan guru pengiring berasa bersyukur di atas keperihatinan pihak penganjur membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid di kawasan Parlimen Parit Sulong.Mereka berharap program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Unit Pendidikan Utusan Malaysia menawarkan pelbagai kursus yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

(dipetik dari Portal Pendidikan -utusan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan