Selamat Datang

Khamis, 20 Januari 2011

Semoga "Tenang" akan setenang air di kali.


 Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim dipilih sebagai calon bagi menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Mohd. Azahar, 39, yang dilahirkan di Labis dan anak kepada bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

(Imej dan berita dari Utusan Malaysia)

Selasa, 18 Januari 2011

PM di Felda Tenang.

Di sekitar lawatan PM ke FELDA Tenang, Labis, pada 18.01.2011.




Suasana Pekan Labis.

Dataran Pekan Labis. 


Berjamu bersama PM di Felda Tenang 


Dato' Noraini diantara yang hadir. 

 
Dato' Noraini bersama kaum wanita Tenang.


 PM beredar untuk ke tempat lain.

 Suasana di majlis pertemuan PM dengan penduduk FELDA Tenang.




Menunggu PM untuk bersalam.

Menandatangani untuk kenangan. 


 Dato' N pun ada.
Dato' Noraini bersama Haji Salikin.

Bergambar untuk kenangan.

 Sidang akhbar.

Wak Saim Ros.

Dato' Noraini dengan kaum wanita Tenang.

 Melakar kenangan di Felda Tenang.
Hanya untuk kenangan.

Bilik Gerakan UMNO Bahagian  Parit Sulong.
di Kampung Air Panas, Labis.

Pondok Polis Sementara
Diantara yang hadir.



Jumaat, 7 Januari 2011

Di sekitar Majlis Gempur NKRA Azam Parlimen Parit Sulong.

Di sekitar Majlis Gempur NKRA Azam (Akhiri Zaman Miskin) 
Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.
Pada Hari Jumaat 07.01.2011 di Dewan Orangramai Parit Sulong
Batu Pahat.
Dato' Noraini berbincang dengan Pegawai JKM Daerah Batu Pahat. 


 Daerah ini merupakan antara yang terawal mencapai status sifar miskin tegar di negara ini tahun lalu hasil usaha gigih kerajaan selama ini.


Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan sebanyak RM20 juta telah diberikan kerajaan bagi daerah ini untuk mengatasi masalah miskin tegar.
Beliau berkata, bagi kawasan Parlimen Parit Sulong sahaja, seramai 1,500 orang miskin mendapat bantuan bulanan dari JKM.
"Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin dan sentiasa mengambil berat masalah rakyat bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini," katanya ketika merasmikan Majlis Gempur NKRA 1 AZAM (Akhiri Zaman Miskin) di Dewan Orang Ramai Parit Sulong, dekat sini kelmarin.
Para penerima bantuan mendaftar 

             Beratur dengan sabar        
                                                      
 Ucapan Perasmian oleh Dato' Noraini Ahmad

 Diantara yang meraikan majlis



Gimik Pelancaran 



Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin; Pegawai JKM daerah, R. Chitarthany dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Parit Sulong, Sharifah Wahid.



Penyampaian Bantuan 




Berbual dengan penerima bantuan warga emas.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Khamis, 6 Januari 2011

MAJLIS GEMPUR NKRA 1 AZAM (Akhiri Zaman Kemiskinan)


KEMENTERIAN  PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT

Dengan segala hormatnya mempersilakan

Tan Sri Dato' / YB / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

Hadir ke Majlis Gempur NKRA 1 Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat
PARLIMEN PARIT SULONG,

Tarikh / Hari  : 07 Januari 2011  (Jumaat )
Masa  : 3.00 Petang
Tempat  : Dewan Orang Ramai Parit Sulong.

Aturcara Majlis:

3.00 petang  - Ketibaan VIP.

3.15 petang - Bacaan Doa.

3.30 petang - Ucapan alu-aluanan daripada
Yuan Nik Omar Bin Nik Ab Rahman
Pengarah Jabatan  Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.

3.45 petang - Ucapan Perasmian oleh YB. Dato' Noraini Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong.




YB. Dato' Noraini Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat
Johor.

4.00 petang - Gimik Pelancaran dan Penyampaian Bantuan-bantuan NKRA

Jamuan dan Bersurai.



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%




Ahad, 26 Disember 2010

.my DOMAIN REGISTRY




my.DOMAIN REGISTRY 
adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi  (MOSTI)
dan merupakan pentadbir dan pendaftar alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia .
Sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kami sangat perihatin
dan fokus pada pembangunan ICT di negara ini. 



YB. Dato' Noraini Ahmad
Pengerusi .my DOMAIN REGISTRY

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Rabu, 22 Disember 2010

Dua jam mencari bus untuk pulang.

TERSESAT

KLCC terlalu asing bagi saya. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. 
Selepas selesai majlis perasmain, saya dan beberapa orang kawan terus minum dan kemudian ke ruang gallery jualan. Setelah selesai meninjau secara ringkas ke semua gallery, kami pun terus menuju ke pintu utama KLCC untuk menaiki bas seperti yang dijanjikan semasa baru sampai tadi. 
Di pintu utama, tidak kelihatan pun bas kami. Yang ada hanya bas dari tempat lain. Walau bagaimana pun, kami mencari-cari kalau-kalau kami semua terlepas pandang. 

Sempat beraksi di hadapan pintu utama.

Melalui hp, kami mendapat maklumat dari seorang kawan bahawa bas menunggu si pintu utama KLCC. yang berhadapan dengan bangunan "NOVO Hotel" kami nyatakan bahawa kami sudah pun berada di pintu utama, tetapi tidak ada sebiji pun bas-bas dari BP . Rupa-rupanya orang yang memberitahu pun lebihkurang dengan saya. Sebenarnya "Pintu Utama" yang dimaksudkan ialah pintu utama Pusat Konvensyen, bukannya pintu utama KLCC. 

Kita minummmmm dulu !

Nak tempah boleh tak ?

Sempat bergurau walau penat berjalan mencari bus.

Dalam usaha mencari pintu utama yang berhadapan dengan "NOVO HOTEL"  itulah kami berenam tersasul (bukannya tersesat) ke beberapa jalan seperti Jalan Pinang, U Turn, hingga memakan masa hingga ke pukul 6.30 petang.



Jalan Pinang...? Jalan Pinang tu ada U turnlah....hello...hello...Novo Hotel x ada....
yang ada hotel lain.... !

Dah penat berjalan ni......rehat jap.....

Ikut saya aje......

Ada satu jalan di hadapan...kemudian masuk ke kanan....

Turun naik tangga  excelater  beberapa kali....

Ah... tu dia basnya...... !

Kau tunggu kat mana ?

Akhirnya kami jumpa juga tempat yang dicari setelah membuat beberapa pertanyaan dengan petugas-petugas di situ.

Tu dia yang di maksudkan....dengan Novo  Hotel.....Novotel rupanya.


Tak taulah apa yang membuatkan dia menangkat tangan tu...... dan rupanya, selepas kami sampai, rupanya 
masih ada lagi dua kumpulan yang turut tersesat di KLCC.

Kumpulan kedua yang sama sesat.

Akhirnya kami semua selamat sampai di Batu Pahat jam 11.00 malam