Selamat Datang

Jumaat, 7 Januari 2011

Di sekitar Majlis Gempur NKRA Azam Parlimen Parit Sulong.

Di sekitar Majlis Gempur NKRA Azam (Akhiri Zaman Miskin) 
Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.
Pada Hari Jumaat 07.01.2011 di Dewan Orangramai Parit Sulong
Batu Pahat.
Dato' Noraini berbincang dengan Pegawai JKM Daerah Batu Pahat. 


 Daerah ini merupakan antara yang terawal mencapai status sifar miskin tegar di negara ini tahun lalu hasil usaha gigih kerajaan selama ini.


Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan sebanyak RM20 juta telah diberikan kerajaan bagi daerah ini untuk mengatasi masalah miskin tegar.
Beliau berkata, bagi kawasan Parlimen Parit Sulong sahaja, seramai 1,500 orang miskin mendapat bantuan bulanan dari JKM.
"Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin dan sentiasa mengambil berat masalah rakyat bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini," katanya ketika merasmikan Majlis Gempur NKRA 1 AZAM (Akhiri Zaman Miskin) di Dewan Orang Ramai Parit Sulong, dekat sini kelmarin.
Para penerima bantuan mendaftar 

             Beratur dengan sabar        
                                                      
 Ucapan Perasmian oleh Dato' Noraini Ahmad

 Diantara yang meraikan majlis



Gimik Pelancaran 



Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin; Pegawai JKM daerah, R. Chitarthany dan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Parit Sulong, Sharifah Wahid.



Penyampaian Bantuan 




Berbual dengan penerima bantuan warga emas.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Tiada ulasan:

Catat Ulasan