Selamat Datang

Sabtu, 17 Ogos 2013

SUASANA DI MAJLIS HARI TERBUKA PARLIMEN PARIT SULONG.




Lebih kurang lapan ribu orang dari kawasan Parlimen Parit Sulong dan sekitarnya  telah 
hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Parit Sulong Dato' Noraini Ahmad pada 
Hari Sabtu 17.8.2013.

Majlis diadakan di rumah kediaman bapa Dato' Noraini Ahmad terletak
 di Kampung Bintang, Mukim Peserai Batu Pahat itu mula di kunjumgi 
oleh para tetamu mulai pukul 9.30 pagi,  walaupun jemputan rasmi ialah pada jam 11.00 . 


Ahli keluarga Dato' Noraini Ahmad.
Antara juadah yang disediakan oleh YB Dato' Noraini Ahmad ialah Nasi Beryani, Martabak, Soto, pelbagai kuih-muih, cendol, mee goreng, minuman pelbgai rasa serta lain-lain.

Antara yang hadir ialah Dato' Haji Ahmad Zahri Jamil, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, 
YB Dato' Zulkarnain Bin Kamisan, ADUN Seri Medan, YB Encik Ismail Roslan , Dato' Tan Teck Poh, Ketua MCA Parit Sulong, kaum India, Kaum Cina dari sekitar Bhagian Parit Sulong.


Encik Elias dan Encik Marwan.

Kaum Cina pun turut hadhir.

Bersedia untuk mmelayan tetamu.

Kakak-kakak ni dah makan belum?

Antara tetamu yang hadir di awal majlis.

Bersedia untuk menyambut tetamu.

Silakan.......jangan malu-malu..


Berbual mesra dengan tetamu yang hadir.

Dato' Zulkarnain Bin Hj. Kamisan dan isteri.

Orang kuat Parlimen Parit Sulong.

Masing-masing nak bersalaman dengan wakil rakyat.









































































Khamis, 15 Ogos 2013

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DATO' NORAINI AHMAD AHLI PARLIMEN PARIT SULONG,BP.










DATO' /TUAN-TUAN / PUAN-PUAN / CIK 

ADALAH DENGAN INI DIJEMPUT KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

YB DATO' NORAINI AHMAD 

AHLI PARLIMEN PARIT SULONG

PADA HARI SABTU 17 OGOS 2013 

BERTEMPAT 

DI NO 19 KAMPUNG BINTANG, PESERAI BATU PAHAT

MULAI JAM 11.00 HINGGA 4 PETANG.

SEMOGA TIDAK DIUZURKAN, 

TERIMA KASIH.



%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Ahad, 11 Ogos 2013

220,000 Terima Bantuan Di Parlimen Parit Sulong.




Dato' Noraini Ahmad AP Parit Sulong
(Petikan dari Utusan Malaysia)

              

               2,200 terima RM220,000 di Parit Sulong


BATU PAHAT 5 Ogos - Seramai 2,200 golongan kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Parit Sulong di sini gembira apabila menerima sumbangan 'duit raya' berjumlah RM220,000 daripada kerajaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad (gambar) berkata, sumbangan yang disalurkan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu merupakan salah satu bantuan bagi golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, seramai 2,200 penerima itu telah diberikan sumbangan bernilai RM100 bagi setiap individu sebagai usaha meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri ini.
"Kerajaan amat prihatin dan memahami masalah rakyat khususnya daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan OKU, disebabkan itu, bantuan hari raya diberikan melalui agensi berkenaan iaitu JKM.
"Kerajaan mahu mereka juga menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain yang berkemampuan, selain menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan berkebajikan seperti yang diamalkan pemimpin sejak dahulu lagi," katanya selepas menyerahkan sumbangan di sini.
Beliau berharap, penerima bantuan dapat menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin dalam menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Noraini memberitahu, selain itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong turut menyalurkan bantuan kepada seramai hampir 1,800 penduduk kepada tiga golongan itu.
"Penyerahan sumbangan tersebut masih dilakukan secara berperingkat mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dan Sri Medan yang terdapat di bawah parlimen ini dan Ia dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu ini," katnya.






Ahad, 4 Ogos 2013

YB. Dato' Noraini Ahmad Menyempurnakan Program Ehsan Ramadhan Tabung Haji utk 500 penerima bantuan.dari Parlimen Parit Sulong.


Majlis Penyampaian Sumbangan
Ehsan Ramadhan Tabung Haji
Hari Raya Aidilfitri  1343H.
Tarikh : AHAD 04.08.2013.
Tempat : Hotel Katerina Batu Pahat.
Disempurnakan oleh YB. Dato' Noraini Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong..


Lebi kurang lima ratus orang dari kawasan  Parlimen Parit Sulong, telah menerima sumbangan  Ikhsan Ramadhan Tabung Haji yang telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Dato' Noraini Ahmad pada Hari Ahad 04.8.2013 di Hotel Katerina Batu Pahat.


Para penerima sumbangan memenuhi Dewan di Hotel Katerina, Batu Pahat.

Banner di Pentas.

Kaum Ibu yang layak dari Kawasan Parlimen Parit Sulong
sedang menunggu giliran untuk menerima sumbangan.

Terima kasih YB Dato' Noraini Ahmad.

Beramah mesra dengan penerima sumbangan adalah perkara biasa bagi Dato' Noraini.

YB sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada kaum bapa .

Bergambar dengan penerima sumbangan.

Salah seorang penerima dari Kampung Mampan, Encik Zaini Aziz merupakan 
OKU .

Penerima sumbangan Puan Salamiah Jas seorang Ibu Tunggal dari Kampung Mampan,
Batu Pahat.


Bergambar untuk kenangan dengan Pegawai dari Tabung Haji selepas majlis selesai.




Jumaat, 2 Ogos 2013

LEMBARAN BARU KEDUA 2013 PARLIMEN PARIT SULONG.





LEMBARAN BARU  
 AHLI PARLIMEN PARIT SULONG
2013

******************************************


YB Dato' Noraini Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong Batu Pahat.


 Program bersama rakyat menjalin hubungan yang baik  antara wakil rakyat dengan penduduk kampung.Sentiasa berbual mesra dan bertanyakan masalah yang mungkin hadapi 
leh penduduk kampung di kawasannya.





 Memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program mingguan yang sering diadakan adalah bertujuan memberi bantuan kepada golongan warga emas dan mereka yang kurang bernasib baik. Program di atas telah diadakan di kawasan Parlimen Parit Sulong, walaupun waktu itu Parlimen telah dibubarkan.



Khamis, 28 Mac 2013

Program JALINAN MESRA Bersama Ahli Parlimen Parit Sulong.

  

Walaupun Parlimen hampir dibubar pada bila-bila masa dan pilihanraya semakin dekat
, namun Ahli Parlimen Parit Sulong terus dengan aktivitinya. 

Hari Rabu 27.3.2013 satu program yang dinamakan Program JALINAN MESRA bersama Ahli Parlimen Parit Sulong telah di adakan di Dewan Sekolah Menengah Dato' Sulaiman Parit Sulong, Batu Pahat . 

Pada sebelah pagi,  peladang, penternak dan nelayan dari Kawasan Parlimen Parit Sulong telah menerima bantuan berupa alatan untuk aktiviti para penerima sekelian, manakala sebelah petangnya pula, warga emas, ibu tunggal, oku serta golongan kurang bernasib baik  yang terpilih dari Kawasan Parlimen Parit Sulong, telah menerima sumbangan dari Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato' Noraini Ahmad.



Dato' Noraini Ahmad beramah mesra dengan orangramai sebelum program dimulakan.


Diantara yang hadir di program Jalinan Mesra.

Apa khabar semua.

Warga Emas di antara penerima bantuan di ptogram Jalinan mesra.


Terima kasih daun keladi.

Seorang ibu tunggal menerima bantuan dari Dato' Noraini Ahmad.

Terima kasih Dato' Noraini Ahmad.

Bantuan ikhlas dari kerajaan BN.

Warga Tua turut menerima bantuan khas.


Wakil rakyat yang sentiasa tersenyum dan ceria.


Kawan lama- semasa bersekolah dulu.


Image di atas , ialah dari Program sebelah petang.

Ditulis pada 28.3.2013......bertemu lagi andai punya rezeki....andai tak ada rezeki...mohon jutaan maaf dari anda semua. Bye........

SEGALA KEHILAFAN DAN SALAH MAKLUMAT HARAP DIMAAFKAN.

MUNGKIN INI IALAH POSTING  YANG TERAKHIR DARI SAYA PAK KUNTONG..






Sabtu, 23 Mac 2013

Program Penyerahan barang Keperluan Sumbangan Yayasan Sayang Mutiara.


 Mutiara Motors Sdn Bhd meneruskan tradisi syarikat membantu golongan kurang berkemampuan di setiap daerah di negeri ini.


Pengerusi Yayasan Sayang Mutiara, Datuk Ahmad Kemin berkata, sumbangan itu adalah inisiatif YSM bagi meringankan beban keluarga penerima dalam mengharungi kehidupan seharian.

Penerima bantuan bergambar dengan Datuk Ahmad Kemin, YB. Dato' Noraini Ahmad 
Encik Ropie Subari Wakil Pegawai Daerah Batu Pahat.


Hadir sama Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Wakil Pegawai Daerah Batu Pahat,
 Ropie Subari.

Seramai 90 orang penduduk dari Mukim 4 dan Mukim 3, menerima bantuan dari Yayasan Sayang Mutiara di Perkarangan Masjid Jamek Kg. Mampan, pada 9.3.2013.

 Yayasan Sayang Mutiara  ditubuhkan pada 2009 dengan matlamat mengurus dan menyelaras aktiviti kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat menerusi pelbagai bantuan dan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, barangan serta peralatan keperluan pendidikan di sekolah.






Dato' Noraini Ahmad menyampaikan Bantuan kepada salah seorang penerima bantuan.