Selamat Datang

Ahad, 11 Ogos 2013

220,000 Terima Bantuan Di Parlimen Parit Sulong.




Dato' Noraini Ahmad AP Parit Sulong
(Petikan dari Utusan Malaysia)

              

               2,200 terima RM220,000 di Parit Sulong


BATU PAHAT 5 Ogos - Seramai 2,200 golongan kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Parit Sulong di sini gembira apabila menerima sumbangan 'duit raya' berjumlah RM220,000 daripada kerajaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad (gambar) berkata, sumbangan yang disalurkan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu merupakan salah satu bantuan bagi golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, seramai 2,200 penerima itu telah diberikan sumbangan bernilai RM100 bagi setiap individu sebagai usaha meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri ini.
"Kerajaan amat prihatin dan memahami masalah rakyat khususnya daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan OKU, disebabkan itu, bantuan hari raya diberikan melalui agensi berkenaan iaitu JKM.
"Kerajaan mahu mereka juga menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain yang berkemampuan, selain menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan berkebajikan seperti yang diamalkan pemimpin sejak dahulu lagi," katanya selepas menyerahkan sumbangan di sini.
Beliau berharap, penerima bantuan dapat menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin dalam menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Noraini memberitahu, selain itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong turut menyalurkan bantuan kepada seramai hampir 1,800 penduduk kepada tiga golongan itu.
"Penyerahan sumbangan tersebut masih dilakukan secara berperingkat mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dan Sri Medan yang terdapat di bawah parlimen ini dan Ia dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu ini," katnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan