Mutiara Motors Sdn Bhd meneruskan tradisi syarikat membantu golongan kurang berkemampuan di setiap daerah di negeri ini.
Pengerusi Yayasan Sayang Mutiara, Datuk Ahmad Kemin berkata, sumbangan itu adalah inisiatif YSM bagi meringankan beban keluarga penerima dalam mengharungi kehidupan seharian.
Penerima bantuan bergambar dengan Datuk Ahmad Kemin, YB. Dato' Noraini Ahmad
Encik Ropie Subari Wakil Pegawai Daerah Batu Pahat.
Hadir sama Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Wakil Pegawai Daerah Batu Pahat,
Ropie Subari.
Seramai 90 orang penduduk dari Mukim 4 dan Mukim 3, menerima bantuan dari Yayasan Sayang Mutiara di Perkarangan Masjid Jamek Kg. Mampan, pada 9.3.2013.
Yayasan Sayang Mutiara ditubuhkan pada 2009 dengan matlamat mengurus dan menyelaras aktiviti kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat menerusi pelbagai bantuan dan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, barangan serta peralatan keperluan pendidikan di sekolah.
Dato' Noraini Ahmad menyampaikan Bantuan kepada salah seorang penerima bantuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan