25.11.2010 15
7. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
menyatakan rancangan jangka panjang dan kajian menyeluruh kementerian dalam menangani
banjir kilat yang kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong serta berapakah jumlah peruntukan yang
disediakan untuk menangani masalah ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Seri Douglas Uggah Embas]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk menangani banjir kilat yang
kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong satu kajian pelan induk tambatan banjir di lembangan
Sungai Batu Pahat telah dijalankan oleh JPS dan kajian ini telah siap. Tujuan utama kajian ini
adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah mengatasi banjir di lembangan Sungai Batu Pahat
termasuklah kawasan Parlimen Parit Sulong. Dalam kajian tersebut beberapa kaedah yang
dicadangkan yang dapat mengatasi masalah tersebut.
Projek yang dicadangkan ini akan dilaksanakan secara berperingkat apabila reka bentuk
terperinci sedang siap dijalankan. Dalam peruntukan dua tahun pertama (first two years rolling
plan) tiada peruntukan telah diadakan. Walau bagaimanapun, JPS telah sentiasa
menyelenggara parit-parit secara berkala iaitu empat tahun sekali dengan kos RM2 juta setahun.
Bagi tahun 2011 JPS akan meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan berkala seperti yang
disebut dalam kawasan Parlimen Parit Sulong dengan kos RM2 juta. Terima kasih.
Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan
saya adalah, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu peruntukan kecemasan
jika berlaku bencana alam seperti banjir terutamanya di daerah Batu Pahat terutamanya di
Parlimen Parit Sulong ini dan sekiranya ada diharapkan peruntukan ini dapat disegerakan agar
apabila berlakunya banjir ini tidak akan membebankan rakyat. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan