Selamat Datang

Khamis, 29 Julai 2010

Kursus Asas Perakunan Bagi Ushawan IKS.


Ucapan Perasmian Oleh Dato' Noraini Ahmad.

Para peserta kursus asas perakunan


Seramai 40 orang usahawan IKS Daerah Batu Pahat telah mengikuti Kursus Asas Perakaunan di Pejabat Fama Batu Pahat pada hari Rabu 28.7.2010 yang lalu.

Dalam ucapan perasmian, Ahli Parlimen Parit Sulong, Dato' Noraini Ahmad menyeru agar para usahawan IKS yang mengikuti kursus ini, mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam kursus ini, serta memastikan agar produk-produk yang dihasilkan dinaiktaraf dan pastikan ianya mempunyai "Tanda Halal" serta " Kod Bar" yang diiktiraf oleh kerajaan.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Pengarah Fama Negeri.











Dato' Noraini di Peserai Kecil, Batu Pahat.



Berbual sambil menatap potrait Allahyarham Hasnizam Abd. Wahid.


Rasa kesedihan dirasakan bersama.

Dato' Noraini Ahmad, ahli Parlimen Parit Sulong menziarahi rumah ibubapa kepada Allahyarham Hasnizam Abd. Wahid (Pasukan Khas Tentera Udara yang terkorban)di Kampung Peserai Kecil, Batu Pahat.Dalam imej YB Dato' Noraini dan isteri Allahyarham berpelukan sambil mengucapkan takziah dan turut sedih diatas kematian suaminya dalam kemalangan payung terjun tempoh hari.

Saat pengkebumian di Tanah Perkuburan Kg. Mampan, Batu Pahat.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.....Aminnnnn.


Ahad, 25 Julai 2010

Ahad, 25 Julai 2010.


Beginilah Setiap Minggu

Seawal 8.15 pagi Ahad 25.7.2010, Datuk Noraini Ahmad dan rombongannya sudah sampai di Bangunan Serbaguna Parit Laman, Parit Sulong, untuk merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat 2010, anjuran Pergerakan Pemuda dengan kerjasama JKKK Parit Laman, Parit Sulong Batu Pahat.
Itulah program pertama yang dihadiri oleh YB Datuk Noraini Ahmad hari itu.

Ucapan Di Program Pemimpin Bersama Rakyat Parit Laman, Mk. 4, Batu Pahat.


Penduduk kampung asyik mendengar ucapan Dato' Noraini Ahmad.

Meninjau pameran yang diadakan di program tersebut.

Perasmian Program Bumi Hijau Tanam Pokok Limau Sepanjang Kampung
oleh Dato' Noraini Bte Ahmad.

Selepas selesai upacara di Bangunan serbaguna Parit Laman, Dato' yang diiringi Ketua Pemuda Bahagian Parit Sulong melawat ke beberapa rumah ibutunggal dan memberi bantuan.

Berbincang dengan Ketua Pemuda Bahagian Encik Zulkarnain mengenaai
permohonan mengetar jalan ladang.

Lawatan Titian Kasih.

Berbual mesra dengan ibutunggal dan bertanya khabar.


Selesai sahaj program di Parit Laman, rombongan YB Dato' Noraini Ahmad terus menuju ke Parit Maimon untuk meninjau beberapa Program IKS dan lawatan "Titian Kasih".

Parit Maimon Mukim 4, Parit Sulong.

Lawatan Ke IKS "Suria Bakery"




Menanam pokok sebagai kenangan.

SETERUSNYA

Pengusaha IKS 'Gula Merah"
Encik Mohd Tohid Bin Kosnan.



Pengusaha IKS Pn. Hidawati Bte Parni.(Menjahit Langsir)



Lawatan Titian Kasih Di Parit Maimon.



Program Juara Rakyat Di Parit Jayos 6 Seri Medan.
Merasmikan program gotongroyong membina rumah PPRT.






Titian Kasih /Merasmikan Program Gotongroyong membina rumah
PPRT Encik Marhaban Bin Sairan.

Seperti biasa sessi bergambar di akhir lawatan sesuatu tempat.

Selepas program di Parit Jayos 6 selesai, YB. Dato' Noraini terpaksa balik ke Kuala Lumpur
walaupun ada beberapa lagi program yang tidak dapat hadir

lantaran program mengejut di KL. Namun beliau terpaksa mewakilkan kepada Pembantunya untuk majlis seterusnya pada hari itu.



Dato' N bersama-sama XPCD Jelajah Bukit 2010.




Seperti yang di catatkan dalam entri pada 13.7.2010, XPDC Jelajah Bukit anjuran Parlimen
Parit Sulong, telah berlangsung dengan jayanya. Seramai lebih dari 400 peserta dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia telah mengambil bahagian. Dato" Noraini Bte Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong turut hadir dan seterusnya melancarkan detik permulaan XPDC tersebut.

Imej-imej semasa program XPDC diadakan.

Berbincang dengan pegawai XPDC

Cenderahati sebagai kenangan

Membuat persiapan akhir.

Bacaan doa sebelum dimulakan.




Sebahagian dari peserta yang mengambil bahagian.

XPDC dimulakan.
Kenangan bersama masyarakat kampung.


Satu kegiatan remaja yang positif.















Jumaat, 16 Julai 2010

Dato' Noraini dan Pak Matlob.


(Berita dipetk dari akhbar Utusan Malaysia 16.7.2010)

Dato' Noraini Ahmad berbual dengan Pak Matlob, Pengerusi Madrasah Tahfiz Al-Quraan
Darul Falah (MTADF) Pekan Semerah, Batu Pahat, selepas penutupan rasmi Majlis Tahlil Perdana MTADF, baru-baru ini.









Rabu, 14 Julai 2010

Tiada hari minggu bagi Dato' N.



Di mesyuarat Agong Badan Kebajikan SA Parit Sulong, Batu Pahat.

Bagi kita hari minggu Sabtu dan Ahad adalah hari rehat dan bersantai bersama famili. Tapi ini tidak bagi seorang Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat.

Bahkan hari-hari minggu inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Dato' Noraini Ahmad untuk meninjau atau menyusur dari satu majlis ke satu majlis, atau dari satu kawasan ke satu kawasan di dalam Parlimen Parit Sulong hanya untuk memastikan bahawa penduduk di dalam kawasannya ini berada di dalam satu keadaan yang selesa.

Di Sekolah Agama Parit Sulong

Selain dari itu, YB. Dato' Noraini Ahmad juga sangat perihatin untuk memenuhi segala permintaan penduduk untuk merasmikan sesuatu majlis atau menghadiri sesuatu majlis perkahwinan yang berlangsung di dalam kawasan Parit Sulong.

Bahawasanya, hari minggu bagi YB. Dato' Noraini Ahmad adalah hari yang paling sibuk dan hari yang dinanti-nanti penduduk Parlimen Parit Sulong untuk bersua muka, beramah mesra serta bergaya di hadapan lensa kamera dengan seribu gaya.

Walaupun mimik wajahnya menampakkan keletihan, namun di hati kecilnya merasa puas dan senyuman manisnya sentiasa terukir di wajahnya yang senantiasa ayu.


Futsal Di Seri Medan

Program membaca wirid dan doa serta Israq Mikraj
Di Semerah.

Majlis PerasmianMembaca Wirid &
Doa Serta Menyambut Israq Mikraj


Majlis Perasmian Dewan JPMM Dun Semerah
di Kampung Mampan.

Setiap malam Isnin Dato' N dengan ditemani oleh beberapa orang pegawainya
akan membawa keletihan dan kepuasan
hatinya di dalam kereta ke Kuala Lumpur untuk menemui familinya
sambil menyusuri Highway PLUS yang sunyi sepi ketika insan-insan lain sedang asyik
dibuai mimpi-mimpi indah.

Teruskan Dato' , Semoga Allah memberkati hidup anda.