Selamat Datang

Ahad, 3 April 2011

Turun Padang setiap minggu.-2 dan 3 .April .2011.



Seperti biasa , Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad akan sentiasa berada di kawasannya pada setiap minggu, samada untuk program "menyusur akar" atau menghadiri apa jua majlis-majlis yang dikehendaki untuk hadir atau untuk merasmikan sesuatu majlis. Minggu lepas, saya sempat mengikuti YB. Datuk ke kawasannya untuk tujuan tersebut.
Sabtu 2.4.2011 sebelah pagi Datuk Noraini Ahmad berada di UTHM Parit Raja Kerana merasmikan satu program Carnival GRGAR di asrama Tun Fatimah UTHM.
Pukul 11.45 menghadiri majlis Tilawah Alquraan dan Berzanji Peringkat Mukim 4 Simpang Kiri di Masjid Jamek Kampung Selulun.
Jam 2.00 petang berada di Kompleks Penghulu Mukim 1 Lubok untuk Majlis Perunjukan Sains dan ICT Bergerak. 



Di kediaman pelajar Tun Fatimah UTHM. 

Di Majlis Tilawah Alquraan dan Berzanji Peringkat Mukim Simpang Kiri di Masjid Jamek
Kampung Selulun Batu Pahat.

Salah seorang peserta sedang memperdengarkan bacaannya dalam Majlis tersebut. 

Program Pertunjukan Sains / ICT bergerak di Mukim Lubok. 

Mendengar taklimat dari seorang pegawai dari Kementerian Sains dan Inovasi. 


 Di majlis Maulidur Rasul Masjid Jamek Parit Warijo Seri Medan, Batu Pahat. 

Merasmikan Kumpulan Kompang Kg Parit Haji Ariff, Seri Dayong, Seri Medan,
Batu Pahat. 

Ketibaannya di sambut oleh Ketua Kampung dan AJK Kumpulan Kompang. 



Datuk Noraini mendengar ucapan dari Pengerusi sambutan.

Pasukan Kompang dan Silat turut serta.


Pada Hari Ahad 3.4.2011.    


Merasmikan mesyuarat PIBG SK. Seri Cantek, Sentang Batu, Parit Sulong.

Yang hadir pada mesyuarat PIBG. 

Menghadir majlis Perkahwinan Encik Ismail Ishak.
pada 3.4.2011.

Rabu, 30 Mac 2011

Datuk Noraini Ahmad di Parlimen....


Kenangan semasa PRK Tenang .

Berikut adalah soaljawab diantara Datuk Noraini Ahmad sebagai AP Parit Sulong mengenaai permohonannya  untuk SK Parit Jawa, Parit Sulong, Batu Pahat.
DR. 2.12.2010

Pertanyaan kepada menteri

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]:

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya inginmerujuk kepada P.41, Butiran 03501 - Ubahsuai Naik Taraf Rendah di muka surat 467. Pertamanya meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti ini memang tidak akan lengkap tanpa memastikan pelajar menikmati kemudahan pendidikan selesa. Jadi saya faham KPM telah menjalankan banyak projek untuk menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggarakan sekolah terutamanya sekolah yang berada dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan segera. Sehubungan dengan itu Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada sekolah kebangsaan di kawasan saya yang dibina pada tahun 1936 iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung ucapan saya. Tadi saya sudah nyatakan mengenai sekolah kebangsaan yang dibina pada tahun 1936 iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Parlimen Parit Sulong ini. Sekolah ini memang sekolah kecil sahaja, sekolah kurang murid. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah ini masih lagi berdindingkan kayu yang telah reput dimakan oleh anai-anai. Saya sudah bawa perkara ini berapa kali di dalam Dewan yang mulia ini. Jadinya pihak JKR negeri sendiri sudah mengesahkan bahawa sekolah ini tidak selamat untuk diduduki kerana terlampau uzur. Pengesahan ini telah dibuat pada 20 Jun 2003 lagi. Jadinya, Tuan Pengerusi saya hendak mengambil penjelasan ini untuk mendapatkan kepastian daripada kementerian sama ada sekolah yang saya maksudkan tadi ini dapat dibaik pulih atau dibina baru dalam masa yang terdekat ini. Kita tidak mahu menunggu sehingga sesuatu yang buruk berlaku sekiranya tidak diambil tindakan segera. Saya pun selaku Ahli Parlimen tidak rela hendak lihat murid-murid dan juga guru-guru yang sentiasa berada di dalam keadaan bimbang dan belajar dalam keadaan yang tidak selesa.


Jawapan Timbalan Menteri Pelajaran

Datuk Dr. Wee Ka Siong:

Jadi, tentang Yang Berhormat Parit Sulong membangkitkan SK Kampung Jawa. Jawapannya, projek ini pada asalnya dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Yang Berhormat telah menyarankan sama ada boleh kita naik taraf membuat pembaikan. Kita menerima baik cadangan tersebut. Saya telah meminta supaya pegawai mengambil maklum. Ini kerana kalau kita hendak mendapatkan peruntukan besar, kita terpaksa buat beat dalam second rolling, kalau tidak, kalau penambahbaikan mungkin jumlahnya tidak besar, kita akan pertimbangkan.


Selasa, 29 Mac 2011

MENYUSUR AKAR diteruskan.

Program menyusur akar yang diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong semenjak YB.Datuk Noraini Ahmad  menjadi Ahli Parlimen diteruskan lagi. 

Kini program ini amat popular dikalangan penduduk setempat. Selagi ada ruang waktu, Datuk Noraini Ahmad dengan kerjasama Hospital  Pakar Putera (PSH) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) akan menjelajah setiap cerok kawasan untuk melawat dan merawat pesakit-pesakit terutamanya warga tua. Disamping itu YB juga meninjau serta menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.  




Baru-baru ini, Datuk N, panggilan yang biasa digunakan oleh penduduk kawasannya, telah melawat ke rumah-rumah warga Tionghua di kawasan Kangkar Senanga, Parit Sulong dan Kangkar Merlimau.


Ditemani oleh Pegawai JKM serta Pegawai dari PSH, Datuk melawat ke satu lokasi di Kampung Parit Pulai.



 Suasana ceria di salah sebuah rumah.

Apa kabar ? Tanya Datuk N kepada tuanrumah. 


Tengok tekanan darah ya ! 

Pegawai dari JKM 


Makan ubat dan rehat tau...!

 Datuk N memerhati dan perihatin.

Teruskan walaupun kelihatan keletihan.




Berbual mesra dengan tuanrumah.


Ahad, 6 Mac 2011

PRK Merlimau (Permatang Pasir)

Suasana sebelah pagi di kawasan mengundi Permatang Pasir.
06.03.2011.


 
Bersedia untuk bertugas. 

Menunggu pengundi.


Petugas Perayu BN dan Pas.

Seorang perayu Pas

 Berbincang secara serius.

Melakar kenangan bersama Datuk Noraini Ahmad.

Jom saya bawa ke tempat mengundi.


Ketua Menteri Melaka di "Rumah Johor"

Berbincang secara serius. 


 Tengahari-menunggu TPM.


Kerja keras dan ikhlas.

Beredar ke tempat lain.


Khamis, 3 Mac 2011

"Menyusur Akar" di PRK Merlimau.

Program "menyusur akar" yang dipraktikkan di Parlimen Parit Sulong oleh Ahli Parlimen
 Datuk  Noraini Ahmad kini dilakukan di PRK Merlimau Melaka.

Dengan kerjasama kakitangan dari Putera Specialist Hospital Batu Pahat, Datuk Noraini dan rombongannya menyusur dari rumah ke rumah penduduk Permatang Pasir Merlimau, untuk memberi bantuan peperiksaan kesihatan kepada penduduk dan juga orang-orang tua yang uzur dan siapa saja yang menghadapi kesihatan. 


 Bergerak dari "Rumah Johor" DN bersama rombongannya bergerak ke rumah yang telah disasarkan. 
 Pemandangan di kawasan Merlimau.