Walaupun Hariraya telah berlalu, namun YB. Dato' Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong
meneruskan Program "Ziarah ke Rumah-Rumah " di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.
Untuk menziarahi setiap rumah di dalam kawasannya adalah mustahil, namun Dato' Noraini Ahmad pasti akan ziarah atau menunaikan setiap jemputan di setiap "Hari Terbuka " yang dianjurkan oleh Kampung-kampung sekiranya waktu itu tidak dipenuhi dengan agenda yang telah ditetapkan.
Justeru selepas beliau berehat sehari selepas pulang dari menghadiri "Conference di Sri Lanka," maka Program Ziarah ini diteruskan pada hari Rabu 19.9.2012 semalam.
Pada hari tersebut, Dato' Noraini Ahmad dan rombongannya sempat menziarahi beberapa buah rumah. Ziarah dimulakan pada jam 10.00 pagi hingga Jam 6.00 petang.
(Imej-imej dirakam ketika Program Ziarah Pada Hari Rabu 19.9.2012.)
(Jurufoto khas :Encik Mohd Salmie and Pak Kuntong)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan