Walaupun Tahun Baru Cina akan disambut beberapa hari lagi, Ahli Parlimen Parit Sulong,
Dato' Noraini Ahmad telah pun melawat ke rumah-rumah Kaum Tionghua di Kawasan Seri Medan dan di Kawasan Pekan Parit Sulong pada Hari Sabtu14.1.2012.
Lawatan itu adalah lawatan kali kedua Dato' Noraini Ahmad ke rumah-rumah kaum Tionghua. Beberapa bulan yang lalu Dato' Noraini juga telah melawat ke rumah-rumah Kaum Tionghua di kawasan yang sama dalam siri lawatan "Menyusur Akar".
Dato' Noraini Ahmad diiringi oleh AJK MCA Parit Sulong melawat dari rumah ke rumah sambil mengucapkan "Tahun Baru Cina" kepada tuan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan