Selamat Datang

Ahad, 13 Jun 2010

Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan PTPTN 2010






Satu majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2010 telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, Datuk Noraini Bte Ahmad pada hari Ahad 13hb. Jun 2010 di Perkarangan Pejabat ahli Parlimen, Batu Pahat.

YB Datuk Noraini berbual dengan bakal pelajar IPTA

Bersama penerima PTPTN

Ibubapa pelajar turut hadir dalam majlis tersebut

Seramai 50 orang pelajar dari kawasan Parlimen Parit Sulong telah menerima wang pendahuluan tersebut. Dalam ucapannya, YB. Datuk Noraini menyeru pelajar-pelajar supaya menggunakan wang itu dengan sebaiknya dan menasihati pelajar-pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan meningati agar pinjaman tersebut dibayar apabila pelajar-pelajar sudah bekerja kelak. Wang yang dibayar balik ini akan digunakan untuk memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar lain. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Bahagian Akaun PTPTN iaitu EncikAhmad Dasuki Bin Abd. Majid.

Salah seorang pelajar sedang menerima PTPTN

Dalam majlis tersebut YB. Datuk Noraini Bte Ahmad juga telah menyampaikan beberapa laptop dan komputer kepada beberapa orang Ketua Masyarakat di Parlimen Parit Sulong.


1 ulasan:

  1. Salam Tukang Tulis,

    Hebat, tahniah kerana membangunkan satu blog yang hebat dan sangat menarik....

    Salam tahniah saya kepada YB Datuk Noraini Ahmad, yang mampu mengangkat beliau selaku Ahli Parlimen kita mempunyai blog sendiri....

    BalasPadam