Selamat Datang
Selasa, 21 September 2010
Ahad, 19 September 2010
Majlis Jamuan Hari Raya Dato' Noraini.
Ahad, 5 September 2010
REHAT SEMENTARA
Lantaran kesihatan yang terganggu dan hingga kini belum sembuh sepenuhnya, maka saya terpaksa memberhentikan blog ini untuk sementara waktu. Insaallah akan disambung semula apabila saya dalam keadaan yang betul-betul sembuh.
Ma'af Dato' Noraini, Ma'af Aileen, Ma'af Farah, Ma'af Mes dan semua kawan-kawan
yang sama-sama mengharungi disepanjang perjalanan......
SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
SALAM
Rabu, 1 September 2010
Kad Raya dari Dato' Noraini kepada semua.
Bingkisan Ramadan Parlimen Pt. Sulong.
Sabtu, 28 Ogos 2010
Produk Usahawan IKS Parit Sulong.
Meningkatkan mutu produk IKS Parit Sulong.
Pelabelan, Pembungkusan dan Sijil Tanda Halal.

Haji Azini Setiausaha Bahagian Industeri Asas Tani.
Usaha membantu usahawan IKS Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat telah dijalankan. Namun
kaedah pelabelan dan pembungkusan yang tidak menarik menjejaskan keyakinan bakal pelanggan dan ini merupakan salah satu faktor melembapkan pasaran selain kurangnya promosi.

Produk keluaran usahawan -usahawan kawasan ini mempunyai mutu yang baik dan berpotensi dikembangkan, namun kelemahan dalam pelabelan dan pembungkusan menyebabkan ia gagal mendapat sambutan yang memuaskan.
Justeru satu pertemuan diantara para usahawan dalam Parlimen Parit Sulong dengan Tuan Haji Azini, Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani Malaysia telah diadakan di Pejabat Fama Daerah Batu Pahat di Parit Simin, Semerah pada 28hb. Ogos 2010 jam 10.30 pagi.



Usaha yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Dato' Noraini Ahmad telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para usahawan di kawasan tersebut. Seramai lebih dari 40 orang usahawan telah hadir.
Dalam majlis tersebut, para usahawan telah diberi peluang untuk mengemukakan masalah masalah yang dihadapi serta membuat cadangan-cadangan yang munasabah agar produk keluaran mereka mempunyai mutu yang baik dan berdaya saing dengan produk-produk terkenal serta diharapkan dapat dipasarkan di dalam dan di luar negara.



Masalah-masalah lain yang dikemukan ialah masalah pinjaman, bayaran balik , sijil halal.
serta promosi.
Jumaat, 27 Ogos 2010
Jumaat 27 hb. Ogos 2010.
Satu mesyuarat khas di Pengerusikan oleh YB. Dato' Noraini Bte Ahmad AP Parit Sulong, Batu Pahat telah diadakan pada jam 3.00 petang 27.8.2010 di Bilik mesyuarat Aras 4, Bangunan Gunasama Daerah Batu Pahat.
Mesyuarat membincangkan persiapan untuk " Program Bingkisan Ramadhan Parlimen Parit Sulong" bersempena lawatan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Program dijangka akan diadakan pada 3 hb Ogos, 2010, bertempat di Masjid Jamek Simpang Tiga Parit Sulong Batu Pahat, Johor akan dirasmikan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim.


Diantara yang hadir dalam mesyuarat itu ialah Dato' Noraini Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Batu Pahat, Tok Penghulu Mukim terlibat, Ketua Kampung serta AJK Masjid Jamek Simpang Tiga, Parit Sulong, Batu Pahat.

Langgan:
Catatan (Atom)



