Selamat Datang

Sabtu, 21 Ogos 2010

SABTU 21 Ogos 2010- Dato' N.


Sabtu 21 Ogos 2010 bukan hari cuti bagi YB Dato ' N dan kakitangannya.
Dari Kuala Lumpur beliau meluncur ke selatan tanahair ke kawasan Parlimen Parit Sulong dan terus ke Kampung Bintang, Batu Pahat untuk bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong mengganti atap rumah penduduk yang telah bocor dan rosak.

Di kampung itu juga, YB Dato' Noraini Ahmad membantu dua lagi penduduk . Bantuan merupakan atap zinc, rabong dan paku.

Membantu mengganti zink dan membaiki rumah Tuan Haji Sulaiman Talib.
Dato' Noraini membantu membaiki atap zinc rumah Haji Sulaiman Talib.

Berbual dengan isteri Encik Minhad Jasman sebelum menyampaikan bantuan.

Bantuan merupakan peralatan rumah.

Menyampaikan bantuan pinggan mangkok kepada Masjid Jamek Kampung Bintang.

Meninjau keadaan rumah dapur Pn Salmi Bte Ikhsan.

Bantuan dihulur kepada Puan Salmi Bte Ikhsan.

Selesai di Kampung Bintang , YB. Dato' Noraini terus ke Kampung Parit Haji Salam untuk menghadiri Program Nur HIdayah MPWK bersama LPPKN Negeri Johor, Kemas Kawasan Parit Sulong, Sek Agama Sri Muafakat, Pt. Haji Salam dan Penduduk Kg. Parit Salam, Batu Pahat.

Banner di pintu masuk kawasan masjid.

Murid-murid Sekolah Agama turut serta.

Dato' Noraini Ahmad bersama Ketua Wanita Bahagian Puan Sharifah Wahid.

Ucapan Perasmian" Semoga program ini akan dapat memupuk semangat anak-anak kita untuk mencintai al-quraan bukan sahaja dapat membaca dengan baik, juga dapat memahami isi ajaran al-quraan dan seterusnya akan menjadi jenerasi yang celik al-quraan."

Jam 5.30 petang di kawasan Bazaar Ramadan Kampung Muhibbah Peserai.
Kuih apa tu, bungkuskan saya 10 keping.......

"Encik, bungkuskan saya Roti John ya.......... 5 buku..."

Berbual dan beramah mesra dengan penjual dan pengunjung bazaar.

Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berJEMAAH di Masjid Kampung Bintang, YB. terus ke Parit Jayus Seri Medan untuk sama-sama solat sunat tarawih di kampung itu.

Jam 10.00 malam sekali lagi YB balik semula ke Bandar Batu Pahat untuk menunaikan satu jemputan masyarakat Tionghua / Persatuan Penganut Dewa Geok Hoon, Jalan Jenang
Batu Pahat.

Persatuan ini sedang menjalankan aktiviti memungut derma bagi persatuan itu melalui pembidaan peralatan makanan dan minuman. Kutipan dari aktiviti itu digunakan
untuk membantu ahli persatuan,.,menurut Pengerusi persatuan itu Datuk Lim Kok Beng.

Bergambar bersama AJK Persatuan. Berbaju putih ialah Datuk Lim Kok Beng.


Dalam ucapan ringkas, Dato' Noraini turut menderma RM5000 kepada persatuan itu untuk membantu ahli yang memerlukan.
Selain itu, Dato' Noraini turut mengumumkan bahawa Menteri Keewangan kedua telah meluluskan permohonan beliau iaitu peruntukan sebanyak
RM 400.000 ( RM Empat Ratus Ribu Ringgit ) untuk menaik taraf Pasar Besar Batu Pahat.

Bersalaman dengan para tetamu sebelum berangkat pulang.

ESOK MASIH ADA. INSA'ALLAH.




2 ulasan:

  1. YB Datuk,

    Kemesraan dan keramahan YB Datuk sentiasa menjadi kenangan kepada pengundi, bukan sahaja Melayu malah pelbagai kaum....

    Semoga YB Datuk akan terus menerajui kawasan Parlimen Parit Sulong di masa akan datang....
    YB DATUK KEBANGAAN KAMI.......Kesayangan semua...

    BalasPadam
  2. Betul tu Zedmagel. Semoga kekal untuk penggal hadapan. InsaAllah.

    BalasPadam