Selamat Datang

Jumaat, 25 Jun 2010

Kisah Dalam Dewan Rakyat



Tiada Pilih Kasih Dalam Penyaluran Bantuan Pertanian - Noh Omar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tidak berlaku pilih kasih atau elemen 'anak tiri' dalam pemilihan peserta dan penyaluran bantuan bagi projek-projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Menterinya Datuk Noh Omar berkata semua rakyat berhak mendapat baja atau bantuan lain tanpa mengira fahaman politik.

"Kita hanya minta pengesahan dokumen borang penyertaan atau permohonan itu disokong oleh Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) atau JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) untuk negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang atau PPM (Penyelia Pembangunan Mukim) untuk negeri Kelantan.

"Dan sokongan itu mestilah berdasarkan meritokrasi," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada
Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Dewan Rakyat di sini Selasa.

Beliau berkata kementerian juga mempunyai jawatankuasa tapisan yang berhak melantik seorang pemeriksa untuk memastikan sokongan itu adalah sah dan diberi kepada yang layak.

Menjawab soalan asal Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah), Noh berkata kerajaan akan terus menggunakan salurannya di peringkat negeri dan peringkat jajahan atau daerah untuk menyampaikan bantuan, tanpa perlu menggunakan pihak yang dilantik kerajaan negeri.

"Pada masa ini, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) telah diberi mandat untuk melaksanakan pemilihan peserta dan penyaluran bantuan bagi projek-projek Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya.

Amran bertanya sama ada kerajaan bercadang menerima tandatangan penggawa dan penghulu kerajaan yang diiktiraf dan tidak hanya tandatangan PPM untuk mendapatkan baja subsidi LPP.

-- BERNAMA

Sekadar kenangan


Di sekitar Hari Pencalonan
(Sekadar kenangan sahaja)

Perarakan Penyokong BN

Semangat bersatu

Mengemukakan borang pencalonan

Kempen ke sekitar kampung

Menjelajah dan berkempen.

Sentiasa diterima orangramai

Kita akan berusaha ke arah kejayaan/kemenangan

Doa restu dari seorang ayah

Bersyukur kita menang

Sekadar kenangan di masa lalu, untuk tatapan dan pedoman di masa akan datang
semoga terus berusaha ke arah matlamat di tuju. Hanya untuk agama, bangsa dan negara.



Khamis, 24 Jun 2010

Soalan lisan di Parlimen


DEWAN RAKYAT PADA 23.06.2010

PR-1232-L38209
Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sasaran dan keberkesanan penubuhan Nasional G-Ekonomi
dalam melonjakkan pencapaian usahawan Melayu dan bumiputera agar
mampu bersaing dan muncul sebagai pemain ekonomi utama global.

Dato' Noraini Ahmad- Ahli Parlimen Parit Sulong

1. Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Pelajaran menyatakan
langkah-langkah dan strategi yang diambil oleh kementerian dalam mencapai sasaran
mewujudkan 100 buah sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2012. Daripada
jumlah ini, berapakah bilangan sekolah yang disasarkan terletak di luar bandar dan
pedalaman.

Jawapan

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Yang di-Pertua, langkah
yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan sekolah
berprestasi tinggi seperti yang digariskan dalam salah satu sub bidang keberhasilan
utama negara (NKRA) merupakan usaha kementerian dalam melaksanakan
transformasi dan penambahbaikan daripada semasa ke semasa untuk menjamin kualiti
pendidikan negara berada pada tahap yang tinggi........














































Aktiviti-aktiviti untuk kecemerlangan pelajar 2009

Persediaan akhir hadapi UPSR

SERAMAI 200 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR dari sekolah sekitar kawasan Parit Sulong, Johor berpeluang mengikuti Strategi Ambang Peperiksaan (SAP) di Sekolah Menengah KEbangsaan (SMK) Dato' Sulaiman baru-baru ini.

Program anjuran Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, dengan kerjasama Biro Pelajaran dan Kebajikan UMNO, Bahagian Batu Pahat itu dikendalikan oleh Penasihat Portal Pendidikan Utusan, Dr. Ismail Zain.

Noraini dalam ucapan perasmiannya menegaskan betapa pentingnya usaha dan kerja keras yang harus dilakukan oleh murid-murid untuk mencapai kejayaan.

“Kejayaan sebenarnya terletak pada usaha diri sendiri," Katanya.

Menurut beliau lagi, pihaknya hanya memberi sokongan moral dengan menganjurkan pelbagai program untuk murid-murid.


NORAINI AHMAD

Bagaimanapun, katanya, tanpa usaha segala kemudahan yang diberikan itu tidak akan memberi hasil. Sementara itu, Penyelaras Program Radzwill Affendi memberitahu, program itu dilaksanakan

untuk memberi peluang kepada murid-murid mendapat panduan dan bimbingan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang akan mereka hadapi tidak lama lagi.

Rakannya, Shamsudin Hashim berkata, gabungan motivasi oleh Dr. Ismail dan teknik menjawab soalan oleh guru pakar berjaya menyuntik suntikan semangat kepada peserta.

Rata-rata murid dan guru pengiring berasa bersyukur di atas keperihatinan pihak penganjur membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid di kawasan Parlimen Parit Sulong.Mereka berharap program seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Unit Pendidikan Utusan Malaysia menawarkan pelbagai kursus yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

(dipetik dari Portal Pendidikan -utusan)


Mengenal PARLIMEN MALAYSIA secara ringkas


Bangunan Parlimen Dari Jauh

Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya mengetahui serba sedikit tentang Parlimen Malaysia.
Di ruangan ini saya akan memberi gambaran ringkas mengenaainya:

Mengenai syarat-syarat menjadi Ahli Parlimen:

Kedudukan dalam Dewan Rakyat:


Takwim Dewan Rakyat Bagi Penggal Ketiga Parlimen Ke 12/ 2010:


Wakil bagi Kawasan Parlimen Parit Sulong


Akan bersambung di lain kali, Insaallah.

Ahad, 20 Jun 2010

Mini Karnival Futsal Parlimen Parit Sulong.


Kenangan di sekitar Mini Karnival Futsal Parlimen Parit Sulong

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Sedang berucap

Pasukan Futsal Kategori Lelaki Parit Sulong B dan Pasukan Futsal Kategori Wanita IQFC masing-masing telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Futsal Mini Karnival Futsal anjuran Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat yang berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 Jun, 2010.

Menaiki Kereta Kuda ke gelanggang

Sambutan meriah

Johan Kategori Wanita

Johan Kategori Lelaki

Majlis Mini Karnival Futsal Anjuran Parlimen Parit Sulong itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada satu upacara meriah yang berlangsung di Gelanggang Pelbagaiguna, Taman Industri Seri Sulong, Batu Pahat. Majlis itu juga telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Dato' Noraini Ahmad serta lebih seribu orangramai terdiri dari masyarakat sekeliling dan belia-belia dari pelbagai kaum dari sekitar Parlimen Parit Sulong.

Menikmati hidangan bersama orangramai

YB. Dato' Noraini Bte Ahmad telah menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil penyertaan kepada pemenang-pemenang di dalam upacara ringkas yang berlangsung pada petang 20.6.2010.
Turut hadir Ketua Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong Siti Aileen
Ketua masyarakat dan Ketua Kampung yang menerima gelanggang Futsal
Dato' bersama peserta-peserta Wanita

Puteri Puteri UMNO Parit Sulong beraksi ketika jamuan
Manisss gitu semuanya...