Selamat Datang

Ahad, 15 Ogos 2010

Menyusur akar di Bulan Ramadan Al Mubarak.




Berbincang untuk lawatan "Menyusur akar".

Bulan puasa tidak menghalang Ahli Parlimen Parit Sulong untuk meneruskan program "menyusur akarnya."

Pagi Ahad 15.8.2010 jam 9.00 pagi, rombongan yang diketuai oleh Dato' Noraini sudah berkumpul di Masjid Jamek Kampung Semerah Darat, Batu Pahat untuk memulakan program tersebut. Turut serta dalam rombongan itu ialah sekumpulan pegawai perubatan dari
PUTERA SPECIALIST HOSPITAL (BATU PAHAT) SDN BHD.


Dari situ rombongan tersebut melawat ke rumah warga emas yang sakit dan membantu untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

Bergambar bersama dengan orang kampung dan kakitangan hospital pakar.

Rumah pertama "Pak Cik Md. Yunus Bin Palil yang mengidap
"angin ahmar dan darah tinggi"


Rumah kedua Encik Kosni Bin Hassan 109 tahun, sihat tetapi masalah
pendengaran dan ingatan.

Mak Cik Yah Bte Ma'kib

Sakit tua dan uzur.

Berbual dengan keluarga pesakit.




Selepas selesai melawat warga emas, semua rombongan balik semula ke Masjid Semerah Darat untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Tidak ketinggalan Dato' Noraini juga membuat pemeriksaan kesihatan.



Menunggu giliran

Tekanan darah.....ok ! Perfect

Ketika pemeriksaan tekanan darah dijalankan, seorang wanita dinasihatkan untuk rujuk
ke hospital kerana tekanan darahnya mencecah 200.

Selesai di Semerah Darat, rombongan Dato' N terus ke Masjid Jamek Parit Ju, Parit Jalil untuk merasmikan Majlis Tadarus, Khatam Al Quraan Dan Tazkirah Anjuran Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong.



"Progam ini patut dijadikan program berterusan dan diharapkan agar
amalan ini dijadikan amalan bukan saja di bulan Ramadan tetapi dijadikan
amalan harian kepada setiap keluarga ."

Turut hadir ialah Penghulu Mukim 4, Encik Selamat Mohamad dan Ketua Kampung
Parit Ju Encik Sahari Bin Masrom.

Sebahagian wanita UMNO Bahagian yang hadir.

Puteri UMNO pun turut hadir.

Menyampaikan sumbangan barangan kepada yang memerlukan.
Berdiri disebelah kanan Dato' Noraini Ahmad bertudung merah ialah Pn. Sharifah Wahid
Ketua Wanta UMNO Parit Sulong.


Selepas selesai , Dato' Noraini terus berkejar ke hospital Batu Pahat untuk
melawat adiknya yang sakit.

Begitulah kesibukan wakil rakyat Parlimen Parit Sulong.



1 ulasan:

  1. Mana nak jumpa Pemimpin macam YB Datuk Noraini, rajin, mesra, cantik dan sangat rajin bekerja...

    Terus menyokong pemimpin yang bersifat begini...

    BalasPadam