Selamat Datang

Khamis, 1 Julai 2010

YB. Ahli Parlimen Pt Sulong Di Parlimen

Di petik dari Utusan Online pada 29.6.2010

30,000 hingga 35,000 guna gerabak khas wanita KTM Komuter


Gambar Hiasan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, berdasarkan sambutan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memanjangkan perkhidmatan gerabak khas itu ke laluan Sentul-Batu Caves mulai pertengahan bulan depan.

Menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai apakah rasional pelaksanaan gerabak khas itu, beliau berkata, kementerian mempertimbangkan penggunaan gerabak itu bagi mengurangkan risiko golongan wanita menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku.

"Ia juga dibuat bagi menjamin keselamatan wanita sepanjang perjalanan mereka," katanya.

Tambahnya, kajian yang dibuat pihak KTM Komuter juga mendapati 90 peratus responden wanita memahami tujuan dan menyokong pelaksanaan gerabak khas itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan