Selamat Datang

Ahad, 4 Julai 2010

Menyusur Akar di Parlimen Parit Sulong.


noraini
Salah satu program yang masih berjalan di Parlimen Parit Sulong ialah Program menyusur akar. Program Menyusur Akar Ahli Parlimen Parit Sulong terus menyusur ke segenap kampung, mencari dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan terutama golongan daif dan fakir miskin.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, program berkenaan tidak akan terus berlanjutan kerana beliau akan sentiasa memantau apa sahaja yang dilaporkan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong tanpa mengira siapa.

‘‘Saya akan pastikan warga emas, orang kurang upaya, warga miskin dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan di Parlimen Parit Sulong ini akan terbela sewajarnya,” katanya.

Menurut Noraini, sejak bergelar Ahli Parlimen, beliau sentiasa meluangkan masa untuk mendekati masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan dengan kerjasama semua ketua cawangan, ketua kampung dan penghulu.

Setakat ini, katanya, banyak masalah dapat diselesaikan dan ia memberi impak positif kepada masyarakat di Parlimen Parit Sulong kerana mereka boleh meluahkan masalah secara terus kepada wakil rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan