Meningkatkan mutu produk IKS Parit Sulong.
Pelabelan, Pembungkusan dan Sijil Tanda Halal.
Haji Azini Setiausaha Bahagian Industeri Asas Tani.
Usaha membantu usahawan IKS Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat telah dijalankan. Namun
kaedah pelabelan dan pembungkusan yang tidak menarik menjejaskan keyakinan bakal pelanggan dan ini merupakan salah satu faktor melembapkan pasaran selain kurangnya promosi.
Produk keluaran usahawan -usahawan kawasan ini mempunyai mutu yang baik dan berpotensi dikembangkan, namun kelemahan dalam pelabelan dan pembungkusan menyebabkan ia gagal mendapat sambutan yang memuaskan.
Justeru satu pertemuan diantara para usahawan dalam Parlimen Parit Sulong dengan Tuan Haji Azini, Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani Malaysia telah diadakan di Pejabat Fama Daerah Batu Pahat di Parit Simin, Semerah pada 28hb. Ogos 2010 jam 10.30 pagi.
Usaha yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Dato' Noraini Ahmad telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para usahawan di kawasan tersebut. Seramai lebih dari 40 orang usahawan telah hadir.
Dalam majlis tersebut, para usahawan telah diberi peluang untuk mengemukakan masalah masalah yang dihadapi serta membuat cadangan-cadangan yang munasabah agar produk keluaran mereka mempunyai mutu yang baik dan berdaya saing dengan produk-produk terkenal serta diharapkan dapat dipasarkan di dalam dan di luar negara.
Masalah-masalah lain yang dikemukan ialah masalah pinjaman, bayaran balik , sijil halal.
serta promosi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan