Selamat Datang

Khamis, 14 Julai 2011

Malam :KHENDURI SENI " Parlimen Parit Sulong.


Malam Khenduri Seni, Parlimen Parit Sulong,
Batu Pahat.

Tempat
Teluk Wawasan, Simpang Lima, Batu Pahat
Johor,

Tarikh
Jam 9.00 malam 09.07.2011


 Antara yang hadir awal.

Tarian zapin, satu cabang seni. 

Tetamu Kehormat. 

Datuk Noraini membaca sajak. 

Encik Khaled Salleh. 

Datuk Johan Jaafar turut mendeklamasi sajak. 


Malam Khenduri Seni, Parlimen Parit Sulong,
Batu Pahat.

Tempat
Teluk Wawasan, Simpang Lima, Batu Pahat
Johor,

Tarikh
Jam 9.00 malam 09.07.2011


Tidak berganjak sehingga tamat.



Malam Khenduri Seni, Parlimen Parit Sulong,
Batu Pahat.

Tempat
Teluk Wawasan, Simpang Lima, Batu Pahat
Johor,

Tarikh
Jam 9.00 malam 09.07.2011
Pengisian
Tarian Zapin, tarian Melayu  Bacaan sajak,
Nyanyian Artist Jemputan

Pak Kuntong dan Khaled Salleh.

Pak Kuntong sedang mendeklamasi sajaknya.



Khamis, 14 April 2011

SEKILAS IMBASAN


PROGRAM "MENYUSUR AKAR" DI MERLIMAU


SEKILAS IMBASAN YANG SUDAH BERLALU. KEJAYAAN HASIL DARI KOMITMEN
PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA YANG TIDAK MENGENAL JEMU.
BERPAKSIKAN KEPADA PERJUANGAN BERTERUSAN.



PRU SARAWAK- Satu kenangan dan pengorbanan.

KENANGAN DI SARAWAK




Satu perjuangan dan pengorbanan yang tiada batas sempadan. Demi anak-anak bangsa, agama, dan negara tercinta. Berjuanglah selagi ada hayat dan kudrat, tidak kira dekat atau jauh. Bahawa perjuangan tiada batas miqat dan tidak ada noktahnya. Kecil atau besar, yang suka atau yang tidak, perjuangan ini mesti diteruskan.
Biar puteh tulang, jangan berputeh mata.



Sabtu, 9 April 2011

Kenangan PRK Merlimau.

Sebuah perjuangan bersama:
Di PRK Merlimau (Kg. Permatang Pasir)


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Sebuah Kenangan

Sekilas kenangan di Kem Majidee,
Johor Baharu.


Kenangan di Kem Majidee.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


Khamis, 7 April 2011

Datuk Noraini dan Kawasan Banjir di Parlimen.


 25.11.2010  15
7. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar 
menyatakan rancangan jangka panjang dan kajian menyeluruh kementerian dalam menangani 
banjir kilat yang kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong serta berapakah jumlah peruntukan yang 
disediakan untuk menangani masalah ini. 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' Seri Douglas Uggah Embas]:  Terima 
kasih Tuan Yang di-Pertua.  Untuk makluman Yang Berhormat, untuk menangani banjir kilat yang 
kerap berlaku di Parlimen Parit Sulong satu kajian  pelan induk tambatan banjir di lembangan 
Sungai Batu Pahat telah dijalankan oleh JPS dan kajian ini telah siap.  Tujuan utama kajian ini 
adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah mengatasi banjir di lembangan Sungai Batu Pahat 
termasuklah kawasan Parlimen Parit Sulong.  Dalam kajian tersebut beberapa kaedah yang 
dicadangkan yang dapat mengatasi masalah tersebut. 
Projek yang dicadangkan ini akan dilaksanakan secara berperingkat apabila reka bentuk 
terperinci sedang siap dijalankan.  Dalam peruntukan dua tahun pertama (first two years rolling 
plan) tiada peruntukan telah diadakan.  Walau bagaimanapun, JPS telah sentiasa 
menyelenggara parit-parit secara berkala iaitu empat tahun sekali dengan kos RM2 juta setahun.  
Bagi tahun 2011 JPS akan meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan berkala seperti yang 
disebut dalam kawasan Parlimen Parit Sulong dengan kos RM2 juta.  Terima kasih. 
Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]:  Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima 
kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan.  Soalan tambahan 
saya adalah, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu peruntukan kecemasan 
jika berlaku bencana alam seperti banjir terutamanya di daerah Batu Pahat terutamanya di 
Parlimen Parit Sulong ini dan sekiranya ada diharapkan peruntukan ini dapat disegerakan agar 
apabila berlakunya banjir ini tidak akan membebankan rakyat.  Terima kasih.

Soaljawab Datuk Noraini Di Parlimen.

Parlimen Malaysia



Open Menu
Open Menu
Parit Sulong
Parti: Barisan Nasional
NoSoalan: 399
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah kes pencerobohan kawasan tadahan hutan 2008 hingga 2010 dan apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri yang membenarkan pembangunan dilakukan dengan sewenang-wenangnya di kawasan tadahan hujan.
Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan tadahan hutan meliputi kawasan yang terdiri daripada hutan simpanan kekal, tanah kerajaan dan kawasan perlindungan seperti taman negara, taman negeri dan suaka hidupan liar.

Dari tahun 2008 hingga 2010, tiada kes pencerobohan kawasan hutan tadahan air dalam Hutan Simpanan Kekal yang dilaporkan berlaku di Semenanjung Malaysia.

Mengikut Artikel 74(2), Perlembagaan Malaysia, hutan dan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Justeru itu, Kerajaan Pusat tidak mempunyai sebarang peruntukan kuasa perundangan terhadap kegiatan pencerobohan atau pemusnahan kawasan tadahan air di negeri-negeri. Walaupun begitu, Seksyen 10 (1) dalam Akta Perhutanan Negara, 1984 memperuntukkan supaya Pihak Berkuasa Negeri, mengelaskan kawasan tadahan air dalam Hutan Simpanan Kekal kepada ‘Hutan Tadahan Air’, dan seterusnya ia diklasifikasikan sebagai kawasan Hutan Perlindungan. Dengan pewartaan kawasan hutan ini sebagai Hutan Tadahan Air, maka sebarang aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah adalah dilarang. Kerajaan Negeri juga mempunyai kewajipan dan kuasa perundangan di bawah Enakmen Perhutanan Negeri dalam mengawal dan mengurus kawasan-kawasan tersebut daripada sebarang kegiatan pencerobohan dan pembukaan tanah.
Bagi menyelaraskan segala isu dan masalah berkaitan dengan dasar, pentadbiran dan pengurusan perhutanan, Majlis Tanah Negara (MTN) menjadi platform kepada Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mengadakan perundingan supaya pendekatan dan penyelesaian ke atas semua perkara berkaitan perhutanan dapat dilihat daripada sudut kepentingan nasional. Malah, MTN telah menjadikan pelaporan mengenai status pewartaan kawasan tadahan air dalam Hutan Simpanan Kekal di negeri-negeri sebagai agenda tetap dalam mesyuarat tahunannya.

Sekian, terima kasih.
Tarikh Siar: 1/7/2011
Dikemaskini Oleh: Norizan bt Abdul Kadir