Selamat Datang

Jumaat, 20 September 2013

TAKLIMAT 1AZAM PALIMEN PARIT SULONG..



Taklimat 1Azam Parlimen Parit Sulong.(P147)
Kementerian Pembangunan Wanita
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM760 hingga RM2,300 sebulan.

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM760 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.
Azam niaga.



Sesi Mendaftar



Sedia untuk mendengar taklimat.




 Kaum lelaki yang turut serta.







Kaum Wanita paling ramai.





Sesi temuduga










Pegawai bertugas




Sabtu, 14 September 2013

MAJLIS RAMAH MESRA

Satu majlis ramah mesra antara wakil rakyat bahagian Parit Sulong, YB Dato' Noraini Ahmad
AP Parit Sulong dan YB Dato' Zulkarnain Kamisan ADUN Seri Medan
 dengan kaum wanita dari Kampung Parit Ju Parit Sulong telah diadakan pada Hari Sabtu 14.9.2013.. Majlis tersebut diadakan sebagai satu pertemuan ramah mesra selepas kedua-dua wakil rakyat tersebut menang dalam pilihanraya ke 13 yang lalu.
Dalam ucapan pendek, Dato Noraini Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada kaum wanita dan semua penduduk kawasan tersebut kerana telah menyokong  beliau dalam pilihanraya yang lalu.. Diharap sokongan tersebut diteruskan dimasa masa yang akan datang...Seterusnya andai ada apa apa masalah diharap dapat dimaklumkan kepada beliau ,agar  ianya dapat diselesaikan andai ianya munasabah. 


 Encik Marwan..sebagai pemudahcara.




                                             Diantara yang hadir dalam majlis tersebut



Ucapan ringkas dan ucapan terimakasih Dato'
kepada kaumm wanita. 




Kaum lelaki pun turut sama.. 

Dato, Zulkarnain turut memberi ucapan terima kasih kepada
sokongan kaum wanita. 






Majlis berakhir dengan jamuan ringan......

######################################################



Isnin, 26 Ogos 2013

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013 DI PARIT SULONG.



Hari Sabtu 24 Ogos 2013 rombongan Kembara Mahkota Johor diketuai oleh DYMM Sultan 

Johor telah singgah di kawasan Pekan  Parit Sulong bagi bertemu dan beramah mesra 

bersama rakyat setempat. Antara yang menyambut ketibaan rombongan itu ialah

Ahli Parlimen Parit Sulong Dato' Noraini Ahmad, Pegawai Daerah Batu Pahat, ADUN 

Semerah Encik Ismail Roslan, ADUN Seri Medan Dato' Zulkarnain Bin Haji Kamisan, 

Pegawai Kerajaan, Penghulu-penghulu serta rakyat sekelian.

Rombongan Tuanku yang tiba pada jam 3.15 petang telah di sambut dengan Tarian 

Tradisional Barongan, Tarian Naga dari kaum Tionghua.







Banner dipasang untuk maklumat kepada rakyat.


Dato' Noraini Ahmad melawat ke gerai-gerai untuk memastikan persiapan telah dibuat. 

Meneliti cenderahati yang akan dihadiahkan kepada Tuanku. 


Sabar menanti ketibaan Tuanku Sultan Johor. 

 Sabar menanti ketibaan Tuanku Sultan Johor. 


 Ketibaan Tuanku disambut oleh Pegawai Kerajaan dan orangramai. 


Bacaan Doa.

Tuanku dan Pegawai Daerah. 

Melawat pamiran